Siakap Keli

“Aku Amat Berpuas Hati Dapat Berbakti Padamu Sehingga Akhir Hayatmu,” Pilunya Luahan Hati Suami Ini

Apabila pasangan yang dicintai pergi buat selamanya, pasti siapa pun akan merasai kehilangan yang cukup mendalam. Begitulah kisah ini.

Mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-sepuluh Mac lalu. Istimewanya, sambutan itu dipotretkan dalam satu sesi fotografi yang menjadi viral. Memakai pakaian pengantin, mereka berdua umpama raja sehari. Si isteri umpama seorang permaisuri diiringi anak-anak yang comel.

Tapi, siapalah kita untuk menidakkan takdir Tuhan. Sekuat mana kita menyayangi seseorang, sudah pasti akan tiba masanya dia akan kembali pada penciptaNya. Isteri yang berjuang dengan kanser payudara tahap empat akhirnya pergi jua pada 9 Julai lalu.

Si isteri sempat berpesan dengan si suami melalui kapsyen yang ditulisnya agar suaminya dapat menjaga anak-anak mereka jika dia sudah tiada lagi.

Luahan pilu suaminya Carlose Azizol melalui status di Facebook membuatkan ramai netizen sebak. Apa yang diminta hanyalah doa semua buat arwah isterinya. Moga anda terus tabah melayari hidup.

Assalamualaikum.. Akhirnya kau pergi jua……..

Terima kasih pada semua yang telah mendoakan arwah isteri saya. Sesungguhnya saya amat berpuas hati dapat menabur bakti saya terhadap arwah isteri..

1 tahun 6 bulan arwah menderita kanser. 1 tahun 6 bulan juga saya bejuang untuk dirimu.. alhamdullilah dapat kami lalui bersama tanpa rasa gentar… Semoga arwah isteri ditempatkan di kalangan syuhada.

Gambar sambutan hari raya aidilfitri mereka sekeluarga baru-baru ini.

Senyuman terakhir itu tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.. Semoga saya dapat bersatu kembali bersama arwah isteri saya.. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi dirimu.

Terima kasih pada mak ayah, mak mertua dan pak mertu, adik beradik, ipar duai, sepupu-sepupu dan makcik-makcik yang tidak putus-putus datang ke rumah dan membantu meringankan bebanan yang saya tanggung.

Terima kasih jugak pada kawan-kawan isteri dan kawan-kawan saya yang tidak jemu datang melawat dan memberi kata-kata semangat agar saya kuat menghadapi hari mendatang.. terima kasih pada ribuan org yang hadir melawat isteri saya.

Segala kenangan akan ku semat di dalam diriku.. Insyallah selagi hayat dikandung badan saya akan menjaga sebaik mungkin anak-anak kita yang. Tunggu saya dipintu syurga yang…

Pergimu dengan senyuman dan ditemaniku dan anak-anak serta ahli keluarga, dipermudahkan segalanya dan diiringi hujan renyai-renyai selepas selesai..

Alhamdulillah aku amat berpuas hati dapat berbakti padamu sehingga akhir hayatmu.. Semoga mendapat husnul khotimah.. aku redha akan takdir ini.. Kehidupan perlu diteruskan. Pejuanganmu telah selesai.. perjuangan ku masih belum selesai..

Sumber : Carlose Azizol

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.