Siakap Keli

Bayi Maut Terkena Jangkitan Meningitis Daripada Orang Yang Tak Divaksin

Killy berusia baru 4 bulan mengalami demam dan ruam setelah mengunjungi salah sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Akibat keadaannya yang semakin serius, ibunya, Alex telah membawa Killy menjalani beberapa ujian di Hospital St. Mary.  Selepas ujian, doktor memberitahu bahawa Killy telah menghidap meningitis, salah satu jangkitan yang berpotensi membawa maut.

Doktor yang merawat memberitahu, Killy mungkin berjangkit dengan salah seorang pesakit di pusat perubatan tersebut yang ketika itu tidak diberi vaksin tetapi membawa jangkitan tanpa mempamerkan sebarang gejala.

Killy dimasukkan ke unit rawatan intesif pediatrik, dan 24 jam selepas gejala pertama muncul, dia disahkan meninggal dunia.

Alex memberitahu, dia berharap agar orang ramai dapat mengubah persepsi dan menjadikan mesej ini sebagai kesedaran tentang pentingnya vaksin.

Meningitis adalah jangkitan yang menjejaskan membran otak dan saraf tunjang.  Antara simpotom-simpotm pesakit termasuk ruam, demam, loya, muntah, leher kejang dan sakit otot.

Apabila doktor memberitahu Alex dan tunangnya mengenai jangkitan itu, jelas mereka terkejut.

“Dia baru berusia 4 bulan, tidak mempunyai sistem imun yang kuat untuk tetap bertahan.”

“Ketika doktor memberitahu bahawa Killy menghidapi meningitis, saya tahu kemungkinan yang sangat kuat kami akan kehilangan dia.”

Alex menambah, “baru 2 hari lepas kami menghantar Killy untuk mengambil suntikan vaksin yang terakhir.”

“Saya harap orang ramai sedar akan kepentingan vaksin, ia bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri tapi orang disekeliling.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra