Siakap Keli

Dituduh Curi Telefon Bimbit, Mayat Wanita Dikerat, Organ Dalaman Dikorek Buang Dalam Tandas

Seorang wanita dibunuh hidup-hidup oleh teman lelaki gara-gara marah dituduh mencuri telefon bimbit.  Lelaki tersebut bertindak mengerat mayat mangsa dan membuang organ dalaman ke dalam mangkuk tandas.

Suspek, Sergey Kovalchuk, 28 tahun mengaku melakukan kesalahan itu terhadap teman wanitanya, Vera Nurbaeva.  Namun pun begitu, mayat mangsa sehingga kini masih tidak dapat di jumpai.

Dalam perbicaraan tersebut, suspek menceritakan secara terperinci bagaimana dia membunuh mayat mangsa di dalam tab mandi.

Mahkamah Rusia diberitahu, “Sergey mencekik leher Vera, dan menolaknya jatuh ke sofa. Selepas membunuh, dia pergi ke pasaraya untuk membeli rokok.  Dia kemudian memancurkan air sejuk ke arah badan mangsa dan mula memotong tangan serta kaki kepada 2 hingga 3 bahagian.”

“Dia turut mengerat beberapa anggota lain dan mengorek organ dalaman supaya senang untuk dicampak ke dalam tandas.  Baju mangsa kemudian dicampak ke dalam tong sampah berdekatan pangsapuri yang didiami.”

Sumber: Pulse

Nur Farra