Siakap Keli

Dr. Ramasamy Sedia Berdebat Dengan Dr. Zakir Naik, Tetapi Bersyarat

Isu membabitkan pendakwah bebas terkemuka dunia, Dr. Zakir Naik semakin hangat diperkatakan apabila cadangan agar Dr. P Ramasamy berdebat dengan Dr. Zakir yang diutarakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah diterima.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu telah menetapkan syarat terlebih dahulu sebelum debat yang dirancang itu boleh dilaksanakan.

Memetik laporan media tempatan hari ini, beliau meminta agar Dr. Zakir pulang dahulu ke India untuk menghadapi beberapa pertuduhan yang dikenakan oleh Mahkamah India ke atasnya.

Beliau yang mengakui tidak takut untuk berdebat berpendapat, Dr Zakir perlu membersihkan namanya terlebih dahulu dan tidak perlu risau kerana mahkamah di India sangat terbuka.

Dr. Zakir Naik

Malah ujarnya, beliau sebelum ini sudah bersedia untuk berdebat dengan penceramah tersebut namun ia tidak berjaya direalisasikan.

Beliau pada masa yang sama memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Dr. Zakir, sebaliknya desakkan (menghantar Dr Zakir pulang) yang dibuatnya adalah kerana penceramah tersebut disabitkan dengan beberapa pertuduhan di negara asal penceramah itu yang disifatkannya serius.

Tambahan lagi, kerajaan India sudah pun membuat permohonan untuk mengekstradisi Dr. Zakir  Naik dan ia perlu dibuat bagi menjaga hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan India.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebelum ini memberitahu bahawa kerajaan tindak akan tunduk dengan desakan yang mahu Dr. Zakir diusir keluar daripada Malaysia selagi mana beliau tidak melanggar peraturan-peraturan negara ini. Dr. Zakir tinggal di Malaysia dengan status penduduk tetap.

Beliau meninggalkan negaranya pada tahun 2016 selepas dikehendaki pihak berkuasa India atas pertuduhan mempromosi kegiatan keganasan dan penglibatan dalam penggubahan wang haram.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.