Siakap Keli

Jawa Timur Secara Rasmi Larang Guru Beri Pelajar Kerja Rumah

Mungkin ramai pelajar di Jawa Timur akan gembira apabila mendengar berita ini. Manakan tidak, Jabatan Pendidikan Kota Blitar, di daerah itu melarang guru memberikan pelajar kerja rumah.

Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Kota Blitar, M Sidik, tindakan ini diambil supaya pelajar dapat menjalani kehidupan lebih berkualiti bersama keluarga.

“Kami akan mengeluarkan pekeliling mengenai larangan itu ke sekolah-sekolah dalam masa terdekat. Pelajaran di sekolah, selesaikannya hanya pada waktu sekolah. 

“Sepatutnya pelajar menimba ilmu dengan mendekati masyarakat. Sekarang ini ramai pelajar yang tidak tahu membezakan antara daun salam dan daun kunyit. Ini semua hanya boleh dipelajari apabila mereka dikelilingi keluarga,” katanya lagi.

Tambahnya, dengan dasar itu, pelajar boleh melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan positif  di luar waktu sekolah seperti memasak atau bertani.

Sebelum itu, larangan memberikan pelajar kerja rumah sudah dikeluarkan tahun lalu. Tetapi guru tidak menghiraukan arahan itu kerana arahan hanya dikeluarkan secara lisan tanpa adanya surat pekeliling.

Sumber : Kompas.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.