Siakap Keli

Terlalu Mesra Sebelum Perkahwinan Salah Satu Punca Berlaku Perceraian

Perkahwinan merupakan impian setiap insan yang berpasangan dan mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk bersatu bersama pasangan masing-masing. Jika dulu masing-masing ingin berumah tangga kerana cinta, mengapa terjadi perceraian?

Mengikut fakta, perceraian banyak berlaku dalam kalangan pasangan yang mempunyai tempoh perkahwinan di bawah 10 tahun.

Kajian pakar membuktikan salah satu faktor utama punca penceraian adalah disebabkan pasangan yang terlalu mesra sebelum dan diawal perkahwinan. Alasan ini nampak tidak logik, tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Pasangan yang terlalu mesra diawal perkahwinan ini mendorong kepada perubahan sikap apabila usia perkahwinan semakin meningkat dimana mereka tidak lagi melakukan rutin mesra yang mereka sering lakukan diawal perkahwinan dulu.

Kahwin Terlalu Muda Atau Terlalu Lewat

Gambar : Turbo Tax

Selain dari kes pasangan tawar hati dan curang, faktor utama yang mendorong kepada penceraian ialah berpunca dari perkahwinan yang terlalu awal atau terlalu lewat.

Kajian mendapati mereka yang berkahwin di usia remaja iaitu di bawah usia 20 tahun atau di pertengahan umur 30-an memiliki risiko yang tinggi untuk bercerai.

Berdasarkan Profesor Nicholas Wolfinger dari Utah University, pasangan yang berkahwin lewat usia 32 tahun akan bercerai sebanyak 5% setiap tahun.

Malah, Nicholas turut menulis dalam Institute for Family Studies yang menjelaskan bahawa akhir usia 20an adalah waktu terbaik untuk berkahwin.

Manakala sebuah kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal Economic Inquiry pula mengatakan penceraian kerap terjadi jika jarak usia antara pasangan jauh berbeza.

Laporan Megan Garber dalam The Atlantic menyebut jika jarak usia antara pasangan adalah sebanyak 1 tahun, risiko penceraian adalah sebanyak 3% saja.

Jika jarak usia pasangan sebanyak 5 tahun, risiko penceraian meningkat sebanyak 18%. Perbezaan usia sebanyak 10 tahun lebih meningkatkan risiko pasangan bercerai sebanyak 39%.

Hal ini mungkin terjadi akibat perbezaan pendapat ataupun kematangan yang berbeza kerana jarak umur yang jauh antara pasangan. pasangan yang lebih berusia mungkin tidak dapat melayan karenah pasangannya yang jauh lebih muda kerana sikap yang agak keanak-anakan.

Pasangan Tidak Bekerjaya Atau Tiada Kerja Tetap

Gambar : Khairul Abdullah

Sebuah kajian yang dilakukan Harvard mendapati masalah kewangan bukanlah punca penceraian. Sebaliknya, ia disebabkan oleh pekerjaan suami.

Kajian yang diterbitkan di American Sociological Review itu mengatakan jika suami tak mempunyai kerja tetap, risiko penceraian meningkat sebanyak 3.3% berbanding suami yang ada kerja tetap (2.5%).

Suami yang tiada kerja tetap akan menyebabkan institusi rumah tangga tergugat kerana akan timbul pelbagai masalah seperti bekalan makanan terputus, pasangan akan tertekan sehingga makan minum suami dan anak-anak terabai dan pelbagai lagi masalah lain yang akan mendorong kepada penceraian.

Ini kerana semua sedia maklum suami adalah pencari nafkah utama untuk keluarga. Jika suami tiada kerja tetap, kestabilan rumah tangga akan terganggu.

Pasangan Tidak Menamatkan Persekolahan 

Gambar : SAYS.com

Sebuah soal selidik jangka panjang yang dilakukan sejak tahun 1979 oleh The National Longitudinal Survey of Youth mendapati pasangan yang tidak habis persekolahan cenderung untuk bercerai.

Manakala pasangan yang memiliki pendidikan tinggi pula 30% kurang bercerai berbanding mereka yang tak habis sekolah.

Hal ini kerana pasangan yang tidak menamatkan persekolahan akan sukar pendapatkan pekerjaan dan ini menyulitkan urusan rumah tangga mereka. Umum mengetahui, dalam sesebuah rumah tangga, kestabilan ekonomi sangat penting dalam membentuk sebuah keluarga yang berjaya.

Wanita zaman kini juga cenderung untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk memudahkan urusan mereka mendapatkan pekerjaan dan menyenangkan hidup mereka. Jadi, mereka juga akan memilih untuk mencari pasangan yang mempunyai pendidikan yang tinggi demi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Ego Dan Suka Memandang Rendah Terhadap Pasangan

Gambar : The Penny Hoarder

Seorang pakar psikologi di Universiti Washington, John Gottman menyenaraikan  4 sebab kenapa pasangan suami isteri sering bertengkar hingga membawa kepada perceraian.

Berikut merupakan sebabnya :

  1. Memandang rendah pada suami/isteri yang menyebabkan masing-masing tersinggung
  2. Mengkritik pasangan secara berlebihan. Siapa yang tahan jika semua usaha tidak dihargai?
  3. Bersikap tidak mahu mengalah. Bila bergaduh, tiada langsung rasa bersalah dan asyik ingin menyalahi pasangan. Ego yang keterlaluan.
  4. Suka memotong cakap dan tidak mahu mendengar pendapat pasangan

4 sebab di atas adalah kesimpulan dari kajian yang dilakukan selama 14 tahun ke atas 79 pasangan suami isteri.

Terlalu Mesra Sebelum Dan Diawal Perkahwinan

Gambar : VideoBlocks.com

Terlalu mesra pun tak boleh? Seorang pakar psikologi, Ted Huston telah membuktikan bagaimana kemesraan yang berlebihan ketika masih awal berkahwin boleh menjadi punca perceraian.

Kajian mendapati pasangan yang bercerai selepas berkahwin selama 7 tahun atau lebih, cenderung memperlihatkan kemesraan yang berlebihan ketika awal perkahwinan berbanding pasangan yang bahagia.

Apabila mereka terlalu bahagia ketika awal perkahwinan, mereka tidak mampu untuk menghadapi ketegangan jika bergaduh.

Percaya atau tidak, pasangan yang melangsungkan perkahwinan dalam batas romantik yang normal iaitu tak kurang atau tak lebih akan lebih kekal bahagia(Rujukan 1).

Anak-Anak Terkesan

Gambar : Telegraph.co.uk

Penceraian turut memberi impak kepada kehidupan semua pihak dalam sesebuah keluarga. Yang lebih terkesan adalah anak-anak.

Pelbagai kesan negatif di hadapi oleh anak yang menghadapi masalah penceraian di dalam keluarganya. Hal ini kerana emosi anak kecil yang masih belum stabil. Jika penceraian dihadapi oleh anak yang sudah dewasa, hal ini tidak memberikan impak yang besar kepadanya kerana mereka sudah cukup matang dan memahami erti kehidupan.

Kesan-kesan negatif yang dihadapi oleh anak dalam menghadapi isu penceraian ibu bapa mereka adalah:

  • Anak-anak menjadi murung dan merendah diri
  • Anak-anak menjadi pemarah dan memberontak
  • Hilang tumpuan dalam pembelajaran
  • Diabaikan dan kurang didikan agama
  • Mudah terpengaruh dengan perkara negatif dari rakan sebaya(Rujukan 2)

Perceraian merupakan satu situasi dimana semua pasangan ingin elakkan dari berlaku. Andai perkara ini tetap terjadi, mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan seseorang dan harus diperbaiki segera.

Setiap pasangan yang bercerai akan mengalami kekecewaan yang melampau ibarat terputus tali untuk bergantung harap terutamanya bagi pihak perempuan.

Di samping itu, terdapat banyak aspek undang-undang, kewangan, ibu bapa, emosi, dan praktikal yang memerlukan perubahan dalam tanggungjawab dan rutin dan ia boleh mengambil masa beberapa tahun untuk mendapatkan keseimbangan semula setelah bercerai.

Walau bagaimanapun, perceraian berfungsi sebagai fungsi penting dalam membebaskan orang secara sah dan emosi untuk membentuk hubungan yang lebih stabil(Rujukan 3).

Apabila pasangan itu bercerai, mereka harus merujuk mahkamah untuk proses pembahagian harta sepencarian dan hak penjagaan anak.

Sebagai contoh, di Pennsylvania dikenali sebagai negara dimana mereka membahagikan hak yang sama rata. Mahkamah mereka juga membahagikan harta dan hutang perkahwinan berdasarkan prinsip ekuiti.

Ini bermakna ia adalah mengikut budi bicara mahkamah untuk membahagikan aset perkahwinan dan hutang perkahwinan kerana ia dilihat adil. Pengagihan yang adil bermakna harta dan hutang akan dibahagikan sama rata. Matlamatnya adalah untuk mencapai pengagihan harta yang adil dan saksama(Rujukan 4).

Gambar : https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwjqr66ArqPcAhWUfH0KHX-0CZkQjB16BAgBEAQ&url=https%3A%2F%2Fdidyouknowfacts.com%2F18-real-life-divorces-took-way-far%2F&psig=AOvVaw1M98NIcDmj8-fTNwNktfmY&ust=1531821164963190

Cara Untuk Memulihkan Hubungan Dan Elakkan Perceraian

Ternyata, membina rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah dan sentiasa bahagia. Setiap hubungan berpasangan ada pasang dan surutnya.

Siapa yang mahukan perceraian berlaku dalam hidup kita? Oleh itu, berikut merupakan cara yang mungkin boleh dipraktikkan bagi memperbaiki hubungan pasangan suami isteri yang seakin dingin.

  • Bercakap secara terbuka – Berterus teranglah dengan pasangan anda andai ada perkara yang mengganggu fikiran dan hubungan kalian supaya dapat berbincang dengan baik antara satu sama lain. Jika makin dipendam, pasangan akan cepat rasa bosan.

 

  • Sentiasa mencari keseronokan dalam rumah tangga – Carilah masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dengan melakukan perkara-perkara yang menarik dan menggembirakan kedua pihak. Apa kata jika minggu ini anda mengikut suami anda melakukan minat suami anda, dan minggu depan, giliran suai anda pula melakukan minat anda. Bukankah itu akan menjadi menarik?

 

  • Minta Pendapat Orang Tua Dan Pakar – Jika rumah tangga anda mengalami masalah yang sukar untuk diselesaikan, mintalah bantuan dari keluarga kita atau mertua untuk mendapatkan pendapat dari mereka bagi memulihkan hubungan anda dan pasangan. Jika tidak, minta pendapat dari pihak yang lebih arif seperti Kaunselor Syariah(Rujukan 5).

 

  • Jangan Abaikan Anak-Anak Dalam Membuat Keputusan – Anak-anak akan mendapat kesan yang sangat mendalam terhadap apa jua keputusan anda dan pasangan. Mereka akan merasa lebih tertekandengan apa yang berlaku menyebabkan mereka akan memberontak.

Kaunseling perceraian untuk kanak-kanak boleh memberi manfaat apabila mendapati keadaan mereka yang terganggu akibat ibu bapa mereka yang bercerai dimana mereka kelihatan tertekan dan menjadi marah tanpa sebab yang jelas(Rujukan 6).

Rujukan :

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey