Siakap Keli

(Video)Alyssa Carson, Gadis Cantik Ini Bakal Jadi Manusia Pertama Jejakkan Kaki Di Marikh

Seorang remaja yang obses dengan dunia angkasa lepas, Alyssa Carson mungkin menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki di Planet Marikh di masa hadapan.

Dia yang ketika ini berusia 17 tahun sedang mempersiapkan diri dengan mengikuti program latihan yang diselia oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) untuk menjadi seorang angkasawan mungkin mencapai umur yang sempurna ketika badan itu memulakan misi menghantar manusia ke Marikh pada 2033.

Walaupun NASA meletakkan syarat usia 18 tahun untuk membolehkan seseorang itu diterima menjalani latihan persediaan menjadi angkasawan, Alyssa bagaimanapun sudah memenuhi syarat program NASA Passport dengan melawat semua Pusat Lawatan NASA di Amerika Syarikat.

”Saya mula melihat rakaman pendaratan kereta perayau (rovers) di Marikh. Malah saya mempunyai peta planet Marikh yang digantung di dalam bilik saya. Kemudian saya dibelikan teleskop untuk memudahkan saya melihat ke angkasa lepas,” katanya yang memberitahu ingin menjadi angkasawan sejak kecil lagi.

Allysa juga merupakan pelajar termuda yang bergraduasi daripada Advanced Possum Academy, iaitu akademi penyediaan ke angkasa lepas. Secara teknikalnya, Alyssa sudah layak untuk mengembara ke angkasa lepas walaupun umurnya masih muda.

Dia sudahpun mengikuti program untuk memahami mikrograviti, kekurangan oksigen dan ketika ini sedang mempelajari tiga bahasa iaitu Mandarin, bahasa Sepanyol dan Perancis.

”Saya seperti juga kanak-kanak lain suatu ketika, bertukar-tukar impian. Pernah berangan-angan mahu menjadi Presiden atau seorang guru apabila dewasa nanti.

”Tetapi apa yang sayang fikirkan ketika ini adalah jadi seorang angkasawan, pergi ke Marikh, kemudian pulang dan menjadi seorang Presiden atau seorang guru,” katanya.

Sebaik sahaja seorang angkasawan menjejakkan kaki di Marikh, mereka akan terdedah dengan persekitaran yang sangat-sangat mencabar. Di Marikh, tiada lapisan ozon menyebabkan angkasawan memerlukan sut khas bagi melindungi diri daripada radiasi solar yang boleh membunuh.

Selain itu, planet merah ini juga mempunyai suhu ekstrem iaitu -60 darjah celcius hampir sepanjang hari. Ini menyebabkan hampir mustahil untuk cecair wujud di permukaan planet Marikh. Ketika ini NASA sedang membangunkan satu alat khusus yang berfungsi untuk mencairkan air misalnya, dengan menggunakan tenaga solar. Cabaran utamanya adalah untuk memastikan alatan tersebut berfungsi dengan baik di planet tersebut.

Lebih mencabar, tekanan atmosfera yang rendah di Marikh (sekitar 1 peratus tekanan Bumi) menyebabkan wujudnya fenomena aneh di kawasan kutub Marikh. Misalnya, suhu pada bahagian kaki anda adalah 21 darjah celcius, tetapi suhu pada bahagian kepala anda adalah 0 darjah celcius.

Jika anda merasakan anda mempunyai kelayakkan untuk menjadi angkasawan, apakata anda cuba jawab beberapa kuiz yang dihasilkan berdasarkan pelbagai siri ujian yang dijalankan oleh NASA disini.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9ychKZIG8ms]

 

Sumber : Mirror UK

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.