Siakap Keli

Wanita Bengang Golongan ‘Mak Nyah’ Mula Berani ‘Ceroboh’ Tandas Wanita

Baru-baru ini pelbagai kontroversi tercetus melibatkan ‘wanita jadian’ yang rata-rata mendapat kritikan dan kecaman netizen.

Wanita jadian yang dimaksudkan adalah lelaki yang berpakaian wanita atau di negara kita golongan ini lebih dikenali sebagai ‘mak nyah’ atau ‘pondan’.

Walaupun dikecam malah ditegur secara terang-terangan oleh pihak yang lebih arif agamanya, namun mereka ini masih tegar berperilakuan tidak sepatutnya serta memberi imej buruk kepada generasi-generasi muda sebagai contoh yang tidak baik.

 

Terbaru, kemarahan seorang wanita terhadap golongan mak nyah yang mula berani masuk ke tandas wanita dengan alasan yang tak munasabah menunjukkan sejauh mana mereka ini tidak kisah penerimaan orang luar dengan puak mereka.

Perkongsian daripada Susylawati Faizol mendapat hampir 5,000 shares netizen yang kebanyakkan mereka tidak puas hati akan tindakan tersebut.  Walaupun berpakaian seperti wanita, tidak bermakna mereka boleh buat sesuka hati dan menceroboh hak wanita yang sepatutnya.  Mungkin luaran mereka wanita, tapi hakikatnya mereka masih lelaki.

Mungkin selepas ini perlu ada peraturan atau tindakan sewajarnya diambil untuk mengatasi masalah seperti dibawah, mari kita baca perkongsian daripada beliau.

Masuk toilet dengan marissa, tiba2 dgr suara lelaki, berderau darah terus
“aku salah masuk toilet ker?”

Cepat2 settle terus keluar, terkejut dpn toilet ku LELAKI BERPAKAIAN WANITA!

Aku pandang dia “nie tandas perempuan.tolong pergi tempat lain”

Dia dgn kawan dia lagi seorang pandang aku pelik dah.“aku perempuan nok, nampak aku pakai baju perempuan, 

“Pakaian ko jea ppuan.suara ko,badan ko tue biji ko nmpk lelaki” dah baran dah rasa, perempuan lain tengok jea.xda pun nk back up skali.

dia trus meluru masuk toilet, pastu bebel

“bongok” aku ketuk pintu dia trus bla.

Eeii tolong lah pihak berkuasa.makin berluasa orang mcm nie.terang terangan dah sampai ganggu hak kami sebagai perempuan tulen.

*Lokasi tandas tgv klcc.hari isnin.jam 4.15pm

Sumber: Facebook Susylawati 

Nur Farra