Siakap Keli

Anda Layak Beli Rumah RM 300 Ribu? Beli Dua Biji Rumah RM150 Ribu, Ini Alasannya

Mempunyai rumah sendiri adalah impian setiap orang. Sama ada yang masih membujang, dan lebih-lebih lagi untuk mereka yang sudah berkeluarga. Malah, kita seringkali mendengar nasihat atau pesanan yang menyarankan kita agar mengutamakan pembelian rumah terlebih dahulu berbanding memiliki sebuah kereta.

Sekiranya kita sudah pun mempunyai kelayakkan dan kemampuan untuk memiliki rumah, rumah bagaimanakah yang mahu kita beli? Untuk didiami atau dijadikan sebagai satu perlaburan? Satu lagi, dengan kelayakkan tersebut, adakah anda memilih untuk membeli sebuah rumah dengan harga yang mahal atau anda memilih untuk membeli dua rumah yang lebih kecil dengan harga yang lebih murah?

Menurut Urban Hartanah, sekiranya anda layak membeli rumah bernilai RM 300 ribu, adalah lebih bijak jika anda memilih untuk membeli dua buah rumah dengan nilai RM 150 ribu. Urban Hartanah turut menyenaraikan enam kebaikkan yang anda perolehi sekiranya anda mengikuti saranan yang dibuat.

Antara kelebihan-kelibihan yang disebut adalah anda mempunyai aliran tunai yang lebih dan meminimakan risiko yang mungkin anda hadapi kelak. Jom baca perkongsian Urban Hartanah dibawah, semoga ia bermanfaat untuk anda.

Anda layak beli rumah RM300,000? Jadi belilah 2 biji rumah pada harga RM150,000!

Selepas lihat Laporan DSR tempoh hari, pasti ada yang mampu beli rumah pada harga itu dan pada harga ini betul. Soalnya, bagaimana jika anda sebenarnya beli rumah pada RM300K? Adakah anda akan gunakan full loan untuk hanya sebiji rumah?

Rugi beli satu, sedangkan anda boleh beli dua. Ya, kedengaran agak ‘over’ lebih – lebih lagi untuk membuat komitmen sehingga 35 tahun dengan bank. Tetapi tahukah anda, sekiranya anda menggunakan pembiayaan penuh untuk rumah pertama, anda akan menghadapi kesukaran kelak.

Sebenarnya, jika anda beli dua biji rumah dengan saiz 600kps – 800kps dengan 50% bagi setiap satu pembiayaan, adalah lebih bijak berbanding anda beli sebuah rumah besar dengan 100% kelayakan yang anda miliki.

Ada 6 Kebaikan dari metode ini. Baca perinciannya dengan teliti di bawah.

1. Cash Flow Tambahan.

Bilamana anda mempunyai banyak unit, maka lebih banyak cash flow yang mampu anda dapat. Cara untuk dapatkan cash flow ialah semudah menyewakan rumah anda ataupun anda menjadi hos di CouchSurfing dan Airbnb. Lebihan cash flow boleh digunakan untuk pelaburan

Contoh : –

Situasi A

Anda beli sebiji rumah dan sewakan. Maka untung bersih yang anda dapat ialah RM400 sebulan (bergantung kepada rumah)

Situasi B

Anda beli dua biji rumah dan sewakan. Untung bersih yang anda boleh dapat ialah RM300 + RM300.

Jadi jelas di sini, cash flow ini boleh menjadi sumber pendapatan kedua buat anda.

2. Maksimakan Margin of Finance ke 100%

Tahukah anda, setiap orang mempunyai kuota margin loan sehingga 90% untuk beli 2 unit rumah pertama dan dengan membeli terus 2 unit, anda telah mengoptimumkan kuota tersebut tanpa membazirkan masa.

Tips: Belilah rumah pertama dan kedua tersebut di bawah market value supaya anda mendapat lebih untung. Jika anda beli pada harga pasaran, maka lebih lama untuk anda tunggu nilai rumah tersebut naik.

Anggaran 1%-3% kenaikan setahun.

3. Maksimakan Capital Appreciation

Konsepnya sama dengan poin no 2, tetapi cancel appreciation ialah di mana andaikata hartanah yang anda beli mencatatkan kenaikan nilai sebanyak RM50,000, bermakna dengan 2 rumah, anda akan dapat untung RM100,000.

Ini kerana, dengan andaian setiap hartanah bawah RM300,000 mencatatkan kenaikan yang sama.

4. Duduk Rumah Percuma

Siapalah yang tidak mahu duduk rumah secara percuma bukan? Anda sebenarnya boleh buat dengan syarat rumah kedua yang dibeli tersebut mesti disewakan kepada orang.

Caranya:

Rumah Pertama: Bayaran Bulanan RM500. (Digunakan untuk anda dan isteri duduk)

Rumah Kedua: Bayaran Bulanan RM500, tetapi disewakan RM1,000.

Untung RM500 tersebut anda gunakan sebagai bayaran bulanan rumah pertama anda. Mudah kan untuk rumah percuma?

5. Minimakan Risiko

Beli rumah tidak semudah disangka wahai kawan – kawan sekalian kerana jika tersalah pilih rumah maka anda mungkin menanggung kerugian.

Walhasel, anda harus bijak dengan tidak hanya tertumpu kepada satu rumah sahaja sebaliknya dua! Cash flow dari rumah kedua akan bantu anda sekiranya rumah pertama anda tidak berjaya disewakan, rosak atau paling teruk anda dapat penyewa student yang merosakkan dan mengotorkan rumah anda kemudian menghilangkan diri.

50 atas meja sekarang bahawa selepas ini, pasti akan kedengaran suara – suara mengatakan “nak beli satu pun payah, apalagi nak beli dua biji!”

Kami menyarankan anda untuk tidak berputus asa dan cekal dalam menyimpan dan terus mencantikkan profil kewangan anda. Janganlah kita menghabiskan wang ke tempat yang sia – sia.

Simpanlah sekurang kurangnya 30% daripada gaji untuk yang bujang dan 10% untuk yang telah berkeluarga. Yang penting, anda perlu penuhkan ilmu di dada kerana satu hari nanti, biarpun lambat atau cepat anda akan menjadi seorang ‘owner rumah.’

Sumber : Urban Hartanah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di