Siakap Keli

Arang Boleh Putihkan Gigi, Fakta Atau Auta?

Kalau perasan, banyak di laman-laman media sosial dengan trend memutihkan gigi menggunakan arang, kunyit dan bahan-bahan lain.

Tapi, sejauh manakah kebenaran arang ini mampu membantu membuatkan gigi kelihatan putih dan bersih?

via GIPHY

Gigi yang putih membuatkan penampilan seseorang itu lebih menyerlah dan meningkatkan keyakinan diri.  Rasanya semua orang pun nak memiliki gigi yang putih dan bersinar.  Walaupun terlalu banyak sumber serta cara ‘homemade’ yang dikongsi di laman media sosial itu, namun tahap kebekersanannya masih samar.

#1 Lemon + Baking Soda

Fiksyen: Dikatakan dengan mencampurkan kedua-dua bahan ini dan dioles ke gigi akan membuatkan gigi menjadi putih.  Kandungan asid dalam lemon membantu menyingkir kotoran pada gigi.

Fakta: Untuk dimakan, lemon sangat bagus dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri.  Walau bagaimanapun, lemon dan baking soda mempunyai asid yang berisiko menanggalkan enamel.  Enamel adalah lapisan luar gigi yang melindungi daripada kaviti dan sensitiviti.

#2 Arang

Black particles charcoal on a wooden spoon

Fiksyen: Arang sebagai skrub pemutih gigi.

Fakta: Tiada bukti menunjukkan bahawa arang selamat dan berkesan untuk memutihkan gigi, menurut  Journal of the American Dental Association.  Tambahan pula, bahan ini hanya akan membuatkan gigi menjadi kuning.  Arang mempunyai sifat yang kasar, jadi lapisan gigi boleh terdedah.

#3 Rempah dan Minyak

Fiksyen: Minyak kelapa dan kunyit membantu memutihkan gigi.

Fakta: Tiada kajian atau bukti kukuh bagi menunjukkan kedua bahan ini benar-benar berkesan untuk memutihkan gigi.  Sebaiknya, simpan saja untuk digunakan sebagai bahan masakan.

via GIPHY

Jadi, apakah cara yang betul untuk putihkan gigi?

  • Gosok gigi 2 kali sehari selama 2 minit
  • Gunakan ubat gigi dengan ADA Seal of Acceptance
  • Bersihkan celah gigi sekali sehari
  • Limitkan makanan yang boleh mengotorkan gigi seperti kopi dan teh.
  • Jangan merokok atau menggunakan tembakau
  • Berjumpa dengan doktor gigi bagi rawatan pembersihan dan pemeriksaan.

Sumber: Mouth Healthy

Nur Farra