Siakap Keli

Donald Trump Ungguli Carta Carian ‘Idiot’ Di ‘Google Image’

Siapa yang tidak mengenali Donald Trumph. Dia yang pernah mendakwa dirinya antara yang memiliki IQ tertinggi, tapi tidak bagi enjin carian google.

Pengguna Internet mendapati imej Trump mengungguli keputusan carian gambar bagi perkataan ‘idiot’ (bodoh).

Menurut laporan Independent, Trump muncul dalam enam daripada 15 entri untuk perkataan bodoh bagi pengguna di United Kingdom (UK).

Algoritma tersebut dikatakan ada kaitan dengan lawatan terkini Trump ke UK yang menyaksikan ribuan rakyat memenuhi jalan di London untuk memprotes lawatan Presiden Amerika Syarikat selama empat hari itu.

Difahamkan, petisyen menggesa pengguna laman sosial untuk membeli salinan lagu ikonik kumpulan Green Day pada 2004 iaitu American Idiot adalah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap jemputan oleh kerajaan UK kepada Trump.

NME dan Popsugar menulis artikel mengenai kempen itu sekali gus ‘membantu’ Trump naik ke tangga teratas carian perkataan bodoh.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.