Siakap Keli

Gadis Mati Selepas Salah Makan Biskut

Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia selepas memakan sebungkus biskut jenama Chip Ahoy yang disangka bebas daripada ramuan kacang.

 

Alexi Ryann, berada dirumah rakannya ketika menjumpai bungkusan biskut tersebut tanpa meneliti dengan baik versi biskut tanpa kacang yang selalu dimakannya.

Selepas menikmat sebiji biskut itu, Alexi mulai sedar ada sesuatu yang tidak kena.  Ternyata biskut yang dimakan diperbuat daripada ramuan mentega kacang.

Sebaik menyedari, mulutnya mulai menggigil dan terus dibawa balik kerumah dengan keadaan yang semakin merosot.

“Dia terus berhenti bernafas dan tidak sedarkan diri,” kata ibunya dalam satu status yang dimuatnaik melalui laman Facebook miliknya.

“Dalam masa 90 minit selepas dia makan biskut itu, Alexi pergi meninggalkan kami.”

“Selama dia hidup, kami sentiasa menjaga pemakanannya supaya selamat daripada bahan diperbuat daripada kacang.”

“Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat marah kerana dia tahu apa yang patut dia makan dan tidak makan.”

“Namun, disebabkan bungkusan tersebut tidak membezakan indikasi kandungan yang sepatutnya, ia sangat-sangat merbahaya.  Mereka patut lebih sensitif dan melakukan perbezaan bungkusan bagi setiap versi ramuan bagi mengelakkan perkara begini terjadi sekali lagi.”

Kenyataan itu bagaimana pun di balas oleh syarikat biskut tersebut, “warna bungkusan kami telah meindikasi versi setiap produk.  Kami sentiasa mengajar pengguna untuk sentiasa baca label bungkusan sebelum membeli dan memakannya termasuk beberapa maklumat berkaitan elergi.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra