Siakap Keli

Ibu Didera, Anak Kecil Dicabul, Perkembangan Kes Budak 6 Tahun Ketagih Video Lucah Angkara Bapa

Susulan kes berkenaan kanak-kanak perempuan enam tahun ketagih video lucah hingga dicabul bapa sendiri, pihak tadika telah mendapat keterangan daripada ibu mangsa. Kedatangan mereka ke rumah telah membongkar apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga tersebut.

Budak 6 Tahun Perempuan Ketagih Video Lucah, Tangan Pula ‘Masuk’ Dalam Kain

Rupa-rupanya ibu kanak-kanak itu menjadi mangsa dera oleh suaminya selamanya bertahun-tahun. Dia terpaksa mengunci mulut dan membiarkan anaknya dicabul oleh suaminya sendiri kerana mereka tiada tempat bergantung selain dari lelaki itu.

Mujurlah ada sinar baru dalam kehidupan mereka selepas ada pihak yang membantu untuk memberikan perlindungan dan membela nasib wanita itu dan anaknya. Jom ikuti perkembangan kisah ini seperti dikongsikan oleh Puan Sri A’jilah Samsir melalui laman facebooknya.

Betul. Rakyat malaysia ni memang ramai yang prihatin. Dan ramai juga yang cepat melenting memaki hamun, termasuk saya.

Siapa tak naik angin kes budak 6 tahun yang saya kongsikan tempoh hari, memang tak waras la jawabnya. Walaupun takde kaitan dengan kita, kita marah. siap caci maki mak ayah budak tu. Ya, saya pun sama.

Saya bukan salah seorang staff di tadika tersebut, cuma kawan kepada salah seorang guru di situ. Saya juga tak boleh berdiam diri dengan kes macam ni.

Saya kongsikan perkembangan terkini pelajar tersebut.

Pihak tadika, merayu pada si ibu untuk buat report polis disebabkan semua bukti ada pada si ibu dan mungkin juga sebab mereka kurang arif dengan prosedur dan tempat untuk dirujuk bagi kes-kes macam ni.

Salah seorang staff tadika, datang ke rumah budak tersebut dan berjumpa dengan si ibu. Rumahnya rapi, tak banyak barang pun. Hanya perabut asas sahaja. Si ibu hanya memakai baju lengan pendek dan berkain batik.

Mungkin dah boleh agak tujuan kedatangan pihak tadika, si ibu tak bercakap banyak dan cuba untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan berkaitan kes.

“Banyak parut dan lebam kat tangan puan ni. Maaf tanya ye puan. Puan kena pukul ke? “ tanya staff tersebut.

Aduh! Sudahlah anak dicabul, Isteri didera pulak. Nampaknya ada luka yang dalam pada dahi si ibu. Si ibu nampak takut-takut untuk buka mulut sampaila didesak dan dijanjikan perlindungan oleh pihak tadika.

Si ibu sudah bertahun-tahun jadi mangsa dera suami sendiri. Disebabkan dia hanya suri rumah, dia sangat takut jika diceraikan. Rela tadah badan dipukul dengan getah paip dan kepala tali pinggang. Paling sadis, rela tutup mulut bila tau anak kecilnya dicabul.

Sungguh! Dia bukan ibu bodoh macam yang kita sangka. Dia tahu masa depan anaknya akan tergadai kalau benda macam ni berterusan. Dia kena pukul dengan topi keledar selepas bertanya tentang perbuatan terkutut tersebut.

Laporan polis telah dibuat. Si ayah telah ditangkap dan berada dalam tahanan polis.

Si ibu sekarang berada di bawah jagaan pihak tadika dan baru bekerja sebagai tukang masak di tadika tersebut. Semoga si ayah mereput dalam penjara.

Sri A’jilah Samsir,
Mana ada ibu yang tak sayangkan anak, kan?

Sumber : Sri A’jilah Samsir

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.