Siakap Keli

Imigran Dan Muslim Julang Perancis, Peminat Bola Sepak Seru Perancis Hentikan Sikap Rasis Dan Islamofobia

Piala Dunia sudah pun berlalu, juaranya sudah pun kita ketahui, namun ada kisah-kisah yang tidak ramai peminat tahu mengenai skuad juara, Perancis yang berjaya menjulang ”FIFA World Cup Throphy” yang diperbuat daripada emas 18 karat itu. Umum sudah pun mengetahui bahawa Perancis adalah sebuah negara di Eropah yang terkenal dengan sikap perkauman dan Islamofobia yang melampau.

Sama seperti negara-negara Eropah yang lain, Perancis juga antara negara yang mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap orang Islam terutamanya antaranya pengharaman pemakaian purdah oleh Muslimah di tempat awam pada tahun 2011. Namun, Piala Dunia kali ini yang menyaksikan Perancis terpaksa bergantung kepada tenaga bangsa-bangsa imigran dan pemain beragama Islam, untuk merasa nikmat kejuaraan.

Malah, Perancis sendiri perlu berterima kasih dengan jaringan-jaringan yang disumbang oleh pemain imigran dan Muslim ketika menjulang piala agung dunia bola sepak itu di perlawanan akhir menentang Crotia.

Walaupun Perancis ‘kaya’ dengan rasisme dan Islamofobia, tetapi apabila ia melibatkan bola sepak, Perancis terpaksa tebal muka apabila ia melibatkan pemain bola sepak yang berkualiti. Skuad Perancis hari ini dipenuhi 78.3 peratus pemain imigran mankala dan pertiganya adalah pemain yang beragama Islam. Menurut rekod, ia adalah yang tertinggi dalam mana-mana skuad Piala Dunia yang bertanding pada kali ini. Perlu diketahui bahawa Perancis ketika ini hanya diisi sebanyak 6.8 peratus daripada populasi keseluruhan.

Dua daripada empat gol yang dijaringkan di pentas akhir, dua daripadanya dijaringkan oleh pemain-pemain daripada keluarga imigran iaitu Paul Pogba, dimana keluarganya berhijrah daripada Guinea manakala Kylian Mbappe yang ibunya berasal daripada Algeria dan bapanya berasal daripada Cameroon.

Manakala Pogba sendiri adalah seorang pemain yang mengamalkan ajaran Islam, bersama-sama 6 lagi pemain tonggak yang lain antaranya N’Golo Kante dan Nabil Fekir. Hanya satu pertiga daripada pemain skuad Perancis merupakan pemain Eropah berkulit putih, dan suku sahaja daripada keseluruhan pemain merupakan pemain berbangsa Perancis sejati.

Sejak kemenangan Perancis tersebut, peminat-peminat bola sepak melalui Twitter mendesak Perancis khususnya kerajaan dan rakyat supaya menghentikan sikap hipokrit mereka terhadap kumpulan pendatang dan warga Muslim. Malah mereka juga mendesak agar kerajaan mengakui bahawa imigran dan Muslim adalah salah satu asas yang membentuk masyarakat Perancis ketika ini.

”Dengan Perancis ketika ini menguatkuasakan undang-undang yang menekan orang Islam, jangan kita lupa bahawa pemain-pemain beragama Islam inilah yang memabntu kita menjulang Piala Dunia 2018,” kata netizen.

Ada juga netizen yang menyeru agar Perancis hari ini membalas kembali budi yang ditabur oleh pemain-pemain imigran dan Muslim dalm kempen Piala Dunia Perancis ketika ini.

”Orang Afrika dan Muslim membantu anda mendapatkan Piala Dunia, kini giliran anda pula untuk membantu mereka mendapatkan keadilan,” kata Khaled Beydoun yang merupakan seorang penulis yang menetap di Amerika Syarikat.

Sumber : Daily Sabah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.