Siakap Keli

Inilah Wanita Paling Kejam Dalam Sejarah, Pembunuh 400 Bayi Di Abad Ke-19

Amelia Dyer dikatakan wanita paling kejam pada abad ke-19 kerana terkenal dengan jenayah sensasinya yang menjadikan bayi kecil sebagai mangsa korban.  Sepanjang tempoh 20 tahun semasa zaman Victoria di England, dia dikatakan telah membunuh kira-kira 300 bayi, yang dia telah diambil untuk ‘menjaga.’

Dia seorang jururawat terlatih dan terlibat dalam ‘pedagang bayi,’ satu amalan popular di mana dia akan menjaga bayi yang tidak diingini sebagai pertukaran wang. Walaupun dia melakukan tugasnya secara sah untuk beberapa tahun pertama, kematian suaminya mengganggu keseimbangan mentalnya.

Amelia menjadi semakin ganas sehingga bayi-bayi yang dijaga mula dipukul setiap hari.  Ahli sejarah mendakwa bahawa telah timbul kebencian melampau dalam minda bawah sedar Amelia sehingga menyebabkan kebencian itu kekal didalam dirinya.  Tegarnya Amelia sampai tahap menyuntik bayi-bayi dibawah penjagaannya dengan bahan kimia berbahaya yang menghalang selera makan serta menyebabkan kematian mereka.

Perlakuan Amelia terbongkar sedikit demi sedikit setelah disedari orang ramai dan akhirnya dia disabitkan hukuman penjara 6 bulan.  Semasa di penjara, Amelia menjadi tidak stabil dan menunjukkan tanda-tanda kecenderungan bunuh diri. Dikatakan bahawa dia cuba membunuh diri 2 kali. Selepas dibebaskan dari penjara, dia dikatakan mengalami tekanan yang teruk sehingga dihantar di hospital sakit mental akibat kesihatan mentalnya yang semakin merundum.

Perjalanan hidup Amelia selepas itu semakin kejam:

  • Dia mula menjalankan urusniaga sebagai ‘pedagang bayi’ namun lebih berhati-hati takut kegiatannya dihidu dan hidup berpindah-randah dengan kerap.

  • Amelia mengupah seorang wanita muda bernama Jane Smith bagi membantu urusan membunuh kesemua bayi dan dalam masa yang sama berpura-pura menjadi tokoh ibu penyayang untuk mengusir kecurigaan.

  • Dia membunuh bayi-bayi di penjagaannya dengan mencekik mereka sampai mati dengan pita putih dan kemudian melemparkan mayat ke sungai. Adalah sukar bagi doktor pada masa itu untuk memastikan sama ada bayi itu mati ketika bayi atau dibunuh. Ini menyebabkan tiada tindakan yang serius terhadapnya namun bilangan bayi mati meningkat pada masa itu. Polis tempatan memulakan siasatan, tetapi berhenti separuh jalan, kerana tiada bukti kukuh.

  • Ini berterusan selama lebih dari 2 dekad dan jumlah kiraan mayat meningkat ke 300 orang. Penunjuk perasaan mula mengasak polis untuk mengambil tindakan. Ini menyebabkan mereka menyiasat setiap mayat bayi yang dijumpai di sungai tersebut.

  • Pada 1896, polis akhirnya mendapat petunjuk daripada pita yang tertera alamat diatasnya.  Dari situ, mereka mengesan Amelia dan dia ditahan.

  • Semasa dalam tahanan polis, Amelia mengaku bersalah.  Ia mengambil mahkamah kurang daripada enam minit untuk mengisytiharkan dia bersalah, dan dia dijatuhi hukuman mati dengan gantung .

  • Jumlah sebenar mangsa Amelia Dyer tidak dapat disahkan, para ibu yang mengambil khidmatnya, dianggarkan dia telah membunuh hampir 300 hingga 400 orang bayi.

Sumber: The Famous People

Nur Farra