Siakap Keli

Kandungan Kimia Dalam Mainan ‘Slime’ Boleh Mengakibatkan Kejang Perut Dan Muntah – Kajian

Slime dikatakan sebagai pengganti tanah liat menjadikan ia trend baru mainan unik diperbuat daripada bahan polimer berbentuk cairan yang biasanya ditambah larutan polivinil alkohol dan ion borat.

Baru-baru ini, salah satu portal kesihatan memberitahu bahawa mainan ini dikatakan mengandungi bahan tidak selamat seperti kimia boron dimana boleh mengakibatkan cirit-birit, muntah dan kekejangan.

Boron dijumpai dalam kompaun borax yang membuatkan fizikal slime ini melekit dan nipis.

Pun begitu, Agensi Kimia Eropah telah mengeluarkan satu kenyataan memberitahu bahawa boron boleh merosakkan kesuburan dan iritasi mata serius serta boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Nikki Stopford, Pengarah Penyelidikan mainan ini memberitahu, “ibu bapa pasti terkejut jika mengetahui anak-anak mereka berada didalam risiko serius.”

Slime yang paling teruk diuji adalah daripada Toysmith Jupiter Juice yang mengandungi 4 kali ganda tahap boron iaitu sebanyak 1400mg/kg.

Ibu bapa selepas ini diminta untuk lebih prihatin dengan kandungan mainan anak-anak agar mereka tidak terdedah daripada bahan yang merbahaya.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra