Hari ini dunia semakin menerima pelbagai tentangan baru seperti isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang sekaligus mendapat perhatian masyarakat dunia. Sebagai negara islam yang sering dijadikan contoh negara-negara lain, komuniti atau golongan ini jelas mencalit nama agama kerana sifatnya sama sekali bertentangan dengan konsep kemanusiaan itu sendiri.
Mungkin di negara-negara barat lain golongan ini diberi pendekatan yang berbeza dan diterima kerana isu hak asasi manusia dijadikan medan pengukur serta pelindung utama. Negara-negara Islam yang menghukum pula dikatakan ketinggalan zaman dan melanggar hak asasi mereka sebagai puak LGBT.
Namun, tahukah mereka bahawa golongan ini antara punca penyakit HIV Aids menular? Hal ini terbukti di Los Angeles dimana hampir separuh daripada populasi homoseksual ini dijangkiti penyakit berbahaya itu.
Perkongsian daripada Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menjawab serta menjelaskan secara terperinci isu LGBT dengan jangkitan membuhuh, HIV. Sebagai rakyat Malaysia atau pun rakan kepada golongan ini, apa yang patut kita lakukan? Mari baca penjelasan beliau, semoga hal ini dapat dibendung dengan baik.
Ketika membentangkan perihal LGBT di Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran JAKIM, JHEAIPP dan Yayasan Ihtimam minggu lepas, saya meneliti data dari Amerika Syarikat mengenai jangkitan HIV. Kadar jangkitan HIV secara keseluruhan menurun. Walau bagaimanapun, apa yang ketara, trend jangkitan HIV kini menunjukkan 70% adalah dari mereka yang mengamalkan homoseksualiti dan biseksualiti. Penurunan peratusan kedua-dua kumpulan ini adalah juga rendah dibandingkan dengan mereka yang mengambil dadah secara suntikan dan heteroseksual.
Saya, ketika itu teringatkan data di Malaysia pada tahun 2014 yang menunjukkan heteroseksual adalah penyumbang utama jangkitan HIV berbanding homoseksual. Terdetik di hati, adakah Malaysia akan mempunyai trend yang sama?
Rupa-rupanya telahan saya benar.
Minggu ini Penolong Pengarah bahagian kawalan HIV dan penyakit bawaan seks (STI) cawangan Kuala Lumpur dan Putrajaya, telah pun mendedahkan bahawa di Malaysia, 65% jangkitan HIV adalah kini dari golongan homoseksualiti dan biseksualiti.
Kadar jangkitan HIV memang telah diketahui tinggi di kalangan golongan gay dan transgender iaitu lebih 5%, namun mereka yang mempertahankan orientasi seks songsang ini seringkali menggunakan hujah peratusan dikalangan pembawa HIV, yang sudah tentu, peratusan bagi heteroseksual adalah tinggi ketika itu kerana heteroseksual adalah majoriti.

Namun kita melihat sekarang, dalam keadaan golongan LGBT adalah minoriti, mereka telah menjadi penyumbang jangkitan HIV tertinggi!!
Dengan itu, demi kebaikan semua, termasuklah pengamal LGBT sendiri, saya menyeru agar berusaha mencari jalan menghindari gaya hidup yang tidak direstui agama ini dan menyalahi fitrah kekeluargaan dan kemanusiaan. Ada pihak-pihak yang sedia membantu. Langkah yang anda perlu yakin :
- Hentikan mempercayai bahawa anda dilahirkan sebegitu. Same-sex-attraction (SSA) adalah suatu kemungkinan, tetapi ia tidak perlu pergi lebih dari itu sehingga mengamalkan liwat.
- Ada jalan untuk mengubah orientasi seksual songsang. Ia tidak mudah tetapi anda boleh berubah.
- Anda boleh berubah
- Ada pihak2 yang boleh membantu
Bagi pihak kerajaan, perlu ada usaha serius bagi menangani gejala yang salah di sisi agama dan mencetuskan krisis kesihatan ini dengan :
- Secara agresif menggiatkan kesedaran akan bahaya LGBT di peringkat sekolah lagi. Remaja kita telahpun bereksperimentasi dengan homoseksualiti kerana menyangka ia selamat dengan penggunaan kondom. Pengetahuan seks sahaja tidak cukup kerana aktiviti seksual berkait rapat dengan nafsu (involuntary reaction) yang lebih efektif ditangani oleh pendekatan agama.
- Memantau paparan media yang mempromosi gaya hidup dan perjuangan LGBT sebagai positif dan keterlaluan. Memantau pornografi.
- Memantau pertubuhan-pertubuhan hak asasi yang turut memperjuangkan LGBT.
- Memberi bantuan kepada NGO-NGO yang memberi bimbingan kepada komuniti LGBT secara holistik.
Tidak dinafikan pihak kerajaan dan Malaysia akan ditekan oleh suara-suara antarabangsa, seperti mana kempen video kesedaran LGBT anjuran KKM pernah ditekan suatu masa dulu. Namun kerajaan harus memikirkan kesejahteraan rakyat dan tidak mengendahkan suara-suara pelobi, yang datangnya dari negara-negara Barat yang telah menunjukkan mereka juga bergelut dengan situasi yang sama, seperti yang saya paparkan di atas.
They don’t have a political will to change it but we DO and we shall not be afraid to have our own strategy to handle the problem.
Rakyat Malaysia pula perlu menggunakan hak mereka sebagai pengguna, dengan memboikot mana – mana syarikat yang menggalakkan atau berkempen menyokong gaya hidup LGBT seperti Pride Parade atau National / International Coming Out Day.