Siakap Keli

Plastik Sampah Pun Boleh Buat Anak Lemas, Doktor Dedah 5 Bahaya Dalam Rumah

Waktu paling mencabar bagi ibu-bapa adalah ketika anak-anak masih di usia bayi. Penjagaan yang rapi harus diberikan bimbang kejadian yang tak diingini berlaku. Kes-kes seperti bayi tersedak susu, tertelan barang mainan dan sebagainya sering sahaja dilaporkan di media sosial.

Namun begitu, dalam ibu-bapa berjaga-jaga masih ada barangan di rumah yang memberikan bahaya kepada anak-anak kecil. Nampak biasa, kerana itulah ibu-bapa seringkali terlepas pandang.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif mengenai lima bahaya di rumah untuk anak kecil ini diharap dapat dijadikan panduan oleh ibu-bapa di luar sana. Tak salah untuk kita berwaspada supaya keselamatan anak-anak terjamin.

5 Bahaya Dalam Rumah Yang Mak Ayah Selalu Terlepas Pandang

Saya pun kadang-kadang terlepas pandang juga tapi setidaknya bila ada ilmu tentang benda ni kurang la sikit risiko tu pada anak kita kan lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil yang tak matang lagi otak berfikirnya.

Ni 5 benda dalam rumah kita yang nampak biasa tapi jadi merbahaya bila ada anak kecil.

1. Objek Kecil

Anak berumur 6-18 bulan ni biasanya guna 30 minit sehari untuk meneroka dunianya dengan mengigit dan memasukkan objek kecil ke dalam mulut.

Kita tak boleh salahkan anak kerana tu salah satu fitrah perkembangan anak kita! Tapi kita boleh pantau dengan menyediakan anak kita ‘theeter’ untuk anak kita mengigit dan juga pastikan barang barang kecil seperti kunci, bateri dan guli disimpan sekurang kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.

2. Makanan kecil

American Academy of Pediatrics ada senaraikan makanan yang ada risiko tercekik untuk anak di bawah 4 tahun.

Antaranya :

– kacang dan bijian
– ketulan keju
– anggur yang belum dipotong
– bertih jagung
– hotdog
– sayur mentah
– kismis
– gula gula getah

Jadi, kena berhati hati kalau nak bagi benda ni pada anak di bawah umur 4 tahun ye!

3. Mangkuk tandas

Sebelum ni kita banyak dengar tentang bahaya bath tub je kan? Rupa rupanya lemas dalam mangkuk tandas pun ada!

Dianggarkan setiap tahun 115 orang kanak-kanak yang meninggal akibat lemas dalam mangkuk tandas ni mengikut sumber daripada MedicineNet.

4. Plastik sampah

Pernah je ada kes ada anak lemas bila bermain dengan plastik sampah ni.

Anak-anak ni nak buka baju pun macam nak lemas bila baju tu tersangkut di bahagian kepala apatah lagi bila bermain dengan plastik sampah yang boleh menghalang oksigen sampai ke otak bila ditekup rapat ke hidung ataupun terikat tanpa sengaja

5. Ubat & Vitamin

Walaupun sekadar paracetamol ataupun Vitamin C sekalipun jangan kita main letak je. Anak yang tengah dalam fasa berkembang ni memang tinggi elemen ‘curiosity’.

Dia akan ‘explore & experiment’ tanpa fikir keselamatan mereka. Tu yang kadangkala walaupun kita dah simpan ubat dan vitamin tu atas rak sekalipun dia pandai pandai je panjat ataupun guna kerusi untuk capai ubat tu.

Tu la kenapa perlunya simpan ubat di tempat yang berkunci. Sebaiknya simpan ubat ni 1.7 meter daripada aras lantai. Itu yang terbaik

Jangan lupa, tawakal tu kena ada kerana sebaik baik Pelindung anak kita adalah Pencipta mereka.

Tolong ajarkan pada pasangan dan mak ayah yang lain juga ye dan klik link ni kalau nak belajar dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu mendidik anak = t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Doktor Taufiq Razif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.