Siakap Keli

Rimas White/Blackhead Pada Wajah? Apa Kata Anda Amalkan Petua Gadis Manis Ini Kongsi

Tipulah kalau korang cakap korang tak suka dengan wajah yang bersih, putih, tak berminyak, tiada jerawat dan tiada sebarang kesan bintik hitam atau blackhead pada wajah korang kan?

Yalah, wajah kita ibarat aset utama. Orang kata biar tak kacak atau tak cantik, asalkan wajah bersih dan sedap dipandang. Baru lah orang tak pandang lain macam atau cakap belakang. Betul tak?

Ramai daripada kita sanggup melaburkan wang ringgit setiap bulan untuk membeli pelbagai produk penjagaan kesihatan wajah yang ada dijual di pasaran. Tak perlu sebut jenamanya, anda sendiri pun sudah boleh bayang rupanya macam mana.

Tapi tak semua berkesan, mungkin atas pelbagai faktor antaranya produk yang korang guna tu tidak serasi dengan kulit korang. Duit dah labur, produk dah beli tapi masalah kulit terutamanya blackhead tu tak juga selesai. Takkan nak keluarkan lagi duit beli produk yang lain, dah la produk-produk penjagaan wajah ini mahal-mahal belaka kan.

Apa kata anda ikut sahaja perkongsian yang dibuat oleh seorang gadis ini yang dikenali sebagai Nurizyan. Melalui twitternya Nurizyan telah berkonsgi tips-tips yang sering diamalkan olehnya untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih. Jom baca perkongsiannya di bawah.

”Ok nah aku bagitau macam mana aku clearkan muka aku dari whitehead/blackhead terutamnya bahagian hidung tu,” kata Nurizyan.

Menurut Nurizyan, dia menggunakan bahan-bahan yang sebenarnya mudah didapati di rumah anda. Untuk langkah pertama, Nurizyan hanya menggunakan air suam yang diletakkan di dalam besen.

”Fungsi steam ni untuk nak bukakkan liang pori yang tersumbat atau tertutup tu. Bila liang pori terbuka senang nak buang whitehead/blackhead tu. Steam dalam 5-10 minit.

”Lepas dah steamkan muka tu, lap muka guna tuala je. Pakai Vietnam mask ke shoseido mask atau apa-apa benda yang boleh buangkan whitehead/korang tu. Bila liang pori dah terbuka senang kawasan white/black head nak diclearkan,” kata Nurizyan lagi.

Sebaik sahaja korang kenakan Vietnam atau Shoseido mask pada wajah, korang kena biarkan topeng tersebut buat sementara waktu sehingga ia kering dan tercabut.

”Dah basuh muka tu, ambi ais seketul dua, korang letak kat tempat yang korang pakai white/black head remover tu. Tuam je guna ais sampai ais habis atau cair. Fungsi ais pulak untuk tutup pori yang terbuka tadi. So, nanti muka jadi superb clean.

”Kat dagu tu (gambar) parut jerawat sebab gatal nak picit itu pun dah pudar sikit sebab pakai serum. Hidung tak mancung tu belakang cerita. Aku just share je cara aku clean kan muka dari white/black head,” pesan Nurizyan.

Nurizyan juga menyarankan anda mengamalkan petua stim wajah ini secara kerap, sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali.

Menurut Nurizyan, setakat ini, petua yang diamalkannya itu memberi kesan yang baik kepada wajahnya. So, korang boleh lah cuba petua ini untuk menanggalkan white/blackhead yang ada pada wajah anda.

Sumber : Twitter Nurizyan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.