Siakap Keli

‘Send Foto Anak Sis Macam Nie Dekat Saya’ Jijiknya Pengasuh Pedofilia Ini

Topik berkenaan pedofilia bukanlah satu isu baru lagi. Disebabkan itu, pengawasan ibu-bapa sangat penting kerana gangguan seksual terhadap kanak-kanak ini selalunya dilakukan oleh orang terdekat. Di media sosial sahaja, sudah terlalu banyak kes melibatkan pedofilia dilaporkan berlaku.

Terbaru, seorang pengguna twitter adaazam berkongsi satu screenshot perbualan antara seorang penjual online dengan individu yang dipercayai pengasuh. Individu itu pada mulanya bertanyakan produk yang ingin dijual, namun selepas itu mengubah topik dengan meminta penjual menghantar gambar anaknya.

Lebih jijik, dia turut berkongsi foto anak asuhannya dengan melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Memikirkan apa yang akan terjadi kepada kanak-kanak tersebut, sangat menakutkan. Diharap pihak berwajib dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas golongan pedofilia ini.

Pada mulanya hanya seorang pelanggan.

Pengasuh itu mengaku sudah mempunyai tiga orang anak, tapi kesemuanya adalah lelaki. 

Mengaku dirinya lesbian dan seronok melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Jijik !

Sumber : adaazam

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.