Siakap Keli

(Video) Ibu Kepada Seorang Pemain Bola Brazil Diculik

Ibu pemain bola sepak Brazil, Taison, ahli skuad Piala Dunia yang bermain untuk kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk, diculik pada hari Isnin oleh geng bersenjata tetapi dibebaskan dalam beberapa jam selepas polis berada di tempat persembunyiannya.

Freda diculik di kejiranan Navegantes dan dibawa ke sebuah rumah di Monte Bonito di pinggir bandar, kata Lopes. Polis telah menemui tempat persembunyian penculik selepas melihat nombor pendaftaran dan jenis kenderaan, Fiat Siena putih, dari siaran penerangan di radio polis.

“Kami mengepung kawasan sekitar,” katanya. “Dalam masa kurang daripada sejam dia ditahan dan mangsa dapat dibebaskan.”

Sebaik polis menghampiri rumah tersebut, seorang lelaki telah melarikan diri dan empat orang ditangkap. Suspek yang melarikan diri itu dikatakan penjenayah tempatan yang terkenal dengan rekod jenayah pembunuhan dan dadah. Polis menemui sebuah revolver .44, senapang patah, kokain dan ganja di dalam rumah.

Freda ditemui dengan tangannya terikat dan ditempatkan di garaj belakang rumah.

Sumber: The Guardian

Nur Farra