Siakap Keli

Elak Dari Makan Makanan Dan Minum Minuman Ini Ketika Perut Kosong

Waktu pagi merupakan masa yang paling penting untuk tentukan mood kita sepanjang hari.  Oleh sebab itulah, makanan serta rutin sangat mempengaruhi keperluan nutrisi seharian.  Pengambilan makanan yang salah boleh mendatangkan kemudaratan pada usus jika dimakan ketika perut kosong.

via GIPHY

Pakar pemakanan, Dr. Rupali Datta mencadangkan beberapa makanan serta minuman yang harus dielakkan dengan perut kosong dan turut menasihatkan supaya memberikan sistem pencernaan beberapa waktu untuk berfungsi selepas waktu tidur panjang.  Sebaiknya waktu sarapan diambil sekurang-kurangnya dua jam selepas bangun tidur.

Jom kita tengok apa antara makanan dan minuman yang ‘dilarang’ semasa perut tengah kosong:

Makanan Pedas

Makan makanan berempah dan bercili ketika perut kosong akan memberi iritasi pada lapisan perut yang boleh menyebabkan tindak balas asid dan kekejangan.  Ia juga boleh mempengaruhi proses pencernaan tidak lancar.

Makanan & Minuman Manis

Walaupun majoriti kita mempunyai tanggapan bahawa untuk kekal sihat,  untuk segelas jus buah adalah sangat baik untuk memulakan hari, walhal ia adalah perbuatan yang salah.  Dr Rupali menyarankan untuk tidak memulakan hari anda dengan segelas jus buah yang mengandungi kandugnan gula tinggi kerana ia mungkin memberi beban tambahan pada pankreas yang masih belum berfungsi sepenuhnya selepas beberapa jam berehat.  Ketika perut kosong, gula jenis fruktosa dalam buah-buahan boleh menyebabkan beban pada hati anda. Gula yang diproses pula lebih teruk kesannya.  Jadi, elakkan makanan manis pada waktu pagi atau smoothie yang terlalu manis.

Sayur

Sayur memang sangat bagus, tak dinafikan lagi khasiatnya.  Tapi, sifat sayur yang mengandungi serat kasar hanya akan menambahkan beban, sakit perut, dan perut kembung jika diambil ketika perut kosong.

Kopi

Walaupun memang dah ramai terbiasa dengan tabiat pengambilan kopi waktu pagi, tapi apa kata kalau isi perut dahulu sebelum mengambilnya.  Ini adalah kerana rembesan asid hidraulik dalam sistem pencernaan akan menyebabkan gastrik bagi sesetengah orang.

Sumber: Food Ndtv

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di