Siakap Keli

Nak Dapatkan Tiket Konsert K-WAVE 3? Jom Serbu Karnival Mcalls Minggu Ini, Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Menarik Menanti

Siapa tak pernah dengar Mcalls? Mcalls ialah produk telekomunikasi mudah alihnya yang terunggul di Malaysia.

Untuk anda yang mungkin pernah dengar tapi tak tahu apa itu Mcalls, Mcalls adalah kad sim prabayar baru yang menyasarkan belia sebagai penggunanya dengan pelbagai faedah menarik seperti kadar rendah untuk panggilan luar negara serta pelan prabayar yang memang awesome dengan pelan Y33+.

Tapi, sebelum kita bercerita panjang lebar, sebenarnya kami nak bagitahu korang yang bersempena pelancaran plan baru dan juga sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia Mcalls, pihak Mcalls akan mengadakan karnival besar-besaran hujung minggu ini!

Yes! Jadi, sebelum korang plan nak pergi mana-mana weekend ni, apa kata korang bawa seisi keluarga atau ajak kawan-kawan semua untuk hadir ke Karnival Mcalls! Sebab banyak sangat aktiviti serta tawaran menarik yang akan dijalankan.

Karnival yang bakal berlangsung di LG 2 Central Avenue, Sunway Pyramid, Kuala Lumpur ini akan bermula pada 19 – 22 Julai ini dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.  Bestnya! Rasa macam dah tak sabar nak pergi sebab dengar kata ada banyak hadiah percuma akan diberikan.

via GIPHY

Korang nak tahu apa antara hadiah-hadiah menarik serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang akan ditawarkan semasa Karnival Mcalls ni nanti? Banyak sangat benda best, antaranya adalah:

#1 Upgrade Plan Mcalls Y33 ke Y33+ PERCUMA!

 

Okay, kalau korang baca dekat atas tadi, sebelum ni Mcalls telah memperkenalkan plan Y33 yang dah memang awesome tu! Tapi sempena Karnival Mcalls hujung minggu ini, Mcalls menaik taraf plan tersebut dengan kelajuan data 8GB 4G LTE sebulan, PERCUMA 33 mins panggilan suara, 33 SMS PERCUMA kepada semua rangkaian Malaysia dan yang paling penting semua ni PERCUMA sahaja! Wow murahnya!

via GIPHY

Untuk korang yang baru nak daftar plan terhebat tahun ini, korang akan menerima RM2 tambahan lagi masa bercakap untuk kali pertama sahaja.  Oh! Sebelum kitaorang lupa, korang juga akan dapat 7% mata ganjaran istimewa jika korang tambah nilai sendiri dan juga PERCUMA 6 M-Airtime untuk pendaftaran kali pertama! Berbaloinya.

Okay, tak habis lagi! Ada banyak lagi sebenarnya tawaran serta aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang Karnival Mcalls bermula Khamis ini.  Jom kita tengok apa lagi yang ada!

#2 Percuma String Bag Limited Edition

Untuk tawaran ni, korang kena datang awal sebab beg ini didatangkan dengan kuantiti yang terhad.  Maksudnya, first come first serve.

#3 Tebus Mata Ganjaran Dengan Sunway Pals

Pendaftar kali pertama wajib daftar buat ni.  Tak susah pun.  Caranya:

  • Dapatkan ID pengesahan Mcalls
  • Daftar Keahlian Sunway Pals (Untuk keahlian kali pertama)
  • Tebus 500 mata daripada Sunway Pals

Penglibatan ini membolehkan korang join cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Sunway.  Pemenang bakal memenangi 10,000 mata yang membolehkan korang membeli-belah di Sunway dengan harga murah teruk! Rugi kalau tak ambil peluang ni.

#4 Tebus Baucer Membeli Belah Di Sunway

via GIPHY

Cuba bagitahu, siapa yang taknak membeli-belah dengan harga yang jauh lebih murah? Beli baju RM50 tapi bayar RM20 je.  Siapa tak nak kan? Kalau korang nak dapatkan baucer ni, korang kena ikut 3 langkah mudah seperti dibawah untuk melayakkan diri.  Tak susah pun.

  • Dapatkan ID pengesahan Mcalls
  • Tebus RM30 baucer membeli-belah di kaunter Mcalls
  • Sertai cabaran pusing & menang untuk memenangi baucer bonus membeli-belah

#5 Tebus Popcorn Dengan 1 M-Airtime 

Lepas dah penat main pusing-pusing, perut mesti dah lapar kan? Di Karnival Mcalls korang boleh dapatkan popcorn dengan 1 M-Airtime di kaunter karnival nanti!

#6 PERCUMA Air Sarang Burung Ecolite

Tak kan nak balik tangan kosong kan? Sebelum balik, tebus 1 pek didatangkan dengan 6 kotak air sarang burung Ecolite untuk harga hanya RM48 sahaja!  Siapa yang pernah minum sarang burung ni tahulah betapa mahal dan bagusnya minuman ni. Bukan tu je ya! Setiap penebusan air ni, korang juga akan dapat 1 pek lagi secara PERCUMA serta baucer membeli-belah di Guardian! Wow, kenapa best sangat ni? Apa tunggu lagi? Tak rugi pun tau datang sana, macam-macam dapat.

#7 Pengecualian RM30 Tiket K-WAVE 3!

Okay ini paling, paling, paling best! Siapa pernah pergi konsert tahun lepas dia tahulah betapa gempaknya idol-idol dari Korea buat persembahan dengan tarian yang sangat catchy.  Tahun ini sekali lagi, Konsert K-WAVE 3 akan diadakan di Stadium Malawati pada 18 Ogos 2018.  Jadi, bagi penggemar K-pop, jangan lepaskan peluang, inilah masanya korang grab tiket dengan kadar pengecualian tiket masuk bernilai RM30 untuk menyaksikan ‘oppa’ dan ‘noona’ termasuk SIM kad Mcalls secara percuma!

via GIPHY

Banyak lagi sebenarnya aktiviti-aktivit serta hadiah-hadiah menarik yang boleh korang bawa balik sekiranya korang datang ke Karnival Mcalls minggu ini.  Jangan lepaskan peluang! Datang ke Sunway Pyramid tingkat LG2 Central Avenue, pada Khamis hingga Ahad daripada pukul 10 pagi hingga 10 malam.  Bawa ramai-ramai seisi keluarga dan rakan-rakan, ambil bahagian untuk setiap aktiviti yang dianjurkan!

Nur Farra