Siakap Keli

Perlu Ke Guna Pencuci ‘Miss V’? Ikut Fakta Bukan Ikut Mitos Mengarut – Doktor Rusyainie

Lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran seringkali mempengaruhi wanita. Dari segi kecantikan kulit hingga penjagaan alat sulit, semuanya ada ditawarkan. Namun, di sebalik ghairah membeli, perlu berhati-hati kerana ada produk yang dijual tidak menjadi keperluan kepada wanita iaitu pencuci feminin ataupun faraj.

Perkongsian oleh Doktor Rusyainie Ramli ini diharap dapat memberi penjelasan yang sebenar mengikut fakta. Hanya basuh kawasan faraj dengan air paip sudah cukup memadai. Namun, ramai yang mempertikaikannya.

Untuk lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian Doktor Rusyainie seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat kepada semua.

Saya ni jumpa pesakit hari-hari. Nilah kerja saya sepanjang 15 tahun.

Walaupun saya sekarang berada di bidang pengurusan, merawat pesakit tu memang darah daging saya. Tanyalah doktor dan misi-misi yang bekerja dengan saya macam mana saya di klinik dan di wad.

Bila saya bagitahu cecair pencuci feminin tu tak payah pakai. Tu adalah fakta. Cecair tu boleh ubah habitat asal kawasan faraj. Bakteria yang berumahtangga di situ mati kalau diganggu. Nanti bakteria pendatang akan mula buat keluarga dia kat situ.

Maka timbullah masalah macam keputihan yang tak normal dan tu kena dirawat. Sebab tulah, kena pakai air biasa saja tanpa sebarang produk. NI FAKTA. Kalian setuju ke tak, tak penting, sebab tu fakta. Tak boleh konar baring pun.

Produk yang dijual di farmasi pun, doktor tak bagi guna, ni kan la pula cecair pencuci intim yang pakat jual kat FB ni. Siap ada yang dibaca dengan ayat Al Quran. Kita langsung tak tahu apa kandungannya. Ditulis katanya tak ada bahan kimia, berasas herba, organik bla bla bla. Mereka langsung tak faham pun apa maksud perkataan tu.

Kemaluan tu kulitnya berbeza dengan kulit muka. Lapisan mukosa di kemaluan tu sangat sensitif dan mudah rengsa. Basuh dengan air paip dah cukup. Secara anatominya, wanita ada 3 lubang kat bawah tu.

Vagina untuk hubungan kelamin dan laluan nak lahirkan anak, bukaan urethra untuk urin, dubur. Jangan terkejut ya ramai pesakit saya tak tahu pun beza vagina dan bukaan urethra. Sebab tu keluar mitos mengarut.

Atas nama nak jual barang, makhluk-makhluk ni persendakan ilmu doktor. Ingat ilmu saya ni dibeli di tepi jalan ke? Pantang tok nenek saya orang perlekeh apa yang saya curahkan seluruh jiwa raga saya untuknya.

Memang lah medikal ni bidangnya terlalu luas, dan saya hanya tahu sikit tapi berbanding saya dengan bani klimaks ni, macam langit dengan bumi.

Apa pendapat kalian sebagai netizen yang dah makin cerdik dan pandai, makhluk yang ambil kesempatan macam ni, apa patut kita buat?

Lagi satu, siapa komen nak tegakkan benang basah, saya akan tutup ruang ni. Sabar saya dah nipis sangat dah ni.

Sumber : Doktor Rusyainie Ramli

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.