Siakap Keli

“RM1,000 Untuk Hilang Kali Ketiga,” JPN Umum Kadar Bayaran Hilang MyKad

Di Malaysia, kad pengenalan antara dokumen paling penting yang perlu dijaga baik oleh setiap daripada kita, rakyat Malaysia.

Jika ingin melakukan sebarang urusniaga yang melibatkan pihak berwajib, kad pengenalan merupakan dokumen pertama yang perlu disemak bagi memastikan kewarganegaraan pemegang.

Pun begitu, masih ada lagi diantara kita yang memandang ringan hal ini sehingga menyebabkan peningkatan jumlah kad pengenalan hilang meningkat setiap tahun.  Oleh itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengambil prosedur penting membendung masalah ini supaya pemilik lebih bertanggungjawab.

Penetapan kadar bayaran denda telah dibuat bagi individu yang menghilangkan Mykad atas kecuaian sendiri.  Bayaran bagi kehilangan atas sebab kecuaian sendiri, kali pertama adalah pada kadar RM100.  Garis panduan serta harga bayaran terperinci adalah seperti dibawah.

Bayaran/Fi

Garis Panduan

Syarat Permohonan:

1. Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

Prosedur Permohonan:

1.   Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
2.  Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah ataupun akibat kecuaian. Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

 

Dokumen Sokongan (Asal dan Salinan)

1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau

2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau

3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Nur Farra