Siakap Keli

Tandas Duduk Penyebab Kedua Kanser Kolon?

Zaman dulu-dulu mana ada lagi tandas duduk macam sekarang.  Semuanya mencangkung.  Bila peredaran zaman berubah, teknologi makin maju dan semua mencari keselesaan, ramai yang memilih tandas duduk sebagai pilihan.  Mungkin ada yang beranggapan tandas cangkung sudah ketinggalan zaman, maklumlah kalau dilihat setiap hotel atau pusat membeli-belah semuanya menyediakan tandas jenis duduk.

Tapi sebenarnya mana satu lebih baik? Tandas duduk atau tandas cangkung?

Ada beberapa keburukan serta kebaikan antara kedua-dua kaedah ini.  Untuk pengetahuan korang, semasa menggunakan tandas duduk, lubang najis akan berada dalam keadaan tidak tegak semasa kita duduk.  Sebaliknya, tandas jenis cangkung membuatkan laluan najis lebih mudah keluar kerana ia berada dalam keadaan betul-betul menegak.

Kalau korang nak tahu, tandas duduk antara punca masalah sembelit terjadi.  Laluan akan menjadi sempit dan najis tak dapat dikeluarkan dengan sempurna serta akan terus disimpan pada masa lain. Najis yang disimpan pula akan mengeras kerana kurang air dan disitulah punca terjadinya sembelit.

Tambahan pula, kebocoran najis juga akan berlaku. Kebocoran ini menyebabkan toksin diserap masuk ke usus kecil (penyerap nutrien dan banyak salur darah) dan memberi beban pada hati untuk menyahtoksik toksin yang telah diserap.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Sikov melibatkan 3 orang sukarelawan yang diberi arahan untuk duduk dengan 3 posisi berbeza; tandas duduk dengan ketinggian 16 inci, tandas duduk dengan ketinggian 12 inci dan duduk mencangkung beralaskan bekas plastik.  Kemudian, setiap peserta diarah merekod berapa lama pergerakkan usus yang berlaku dan skala kesukaran membuang air pada skala 1 hingga 4.

Kajian tersebut menunjukkan peserta yang mencangkung hanya mengambil masa 51 saat untuk membuang berbanding 130 saat bagi mereka yang menggunakan tandas duduk.  Di Amerika Syarikat, penggunaan tandas penyebab nombor 2 kanser kolon.

Mungkin ada yang fikir, tandas duduk dari fizikalnya tampak lebih selesa namun sebenarnya secara dalaman, ia mendatangkan kesan buruk berbanding dengan penggunaan tandas cangkung.  Jadi, korang dah tahu mana lebih bagus kan? Kalau korang mengalami kesukaran untuk buang air dengan posisi mencangkung, boleh gunakan tandas duduk dengan sokongan tambahan seperti squatty potty.

Sumber: Medical Daily

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.