Siakap Keli

Tiga Beradik Sanggup Cungkil Mata Dan Kerat Usus Ibu Demi Upacara Pemujaan

Demi melaksanakan satu upacara pemujaan, tiga beradik di Peru, Amerika Selatan dipercayai sanggup membunuh ibu mereka pada Ahad lalu.

Pembunuhan kejam itu dilakukan dengan mencungkil mata dan mengerat usus warga emas itu.

Mayat Teodora Quispe Ccayllahua, 75, ditemui pihak polis setelah salah seorang daripada adik beradik itu telah ‘diarahkan’ untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, sewaktu ditemui, sebahagian organnya dilaporkan hilang.

Mereka dipercayai membuang mayat ibu mereka  sebelum menggunakan darah mangsa untuk mandi.

Anak bongsu dari tiga beradik itu dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa dia mengalami mimpi yang memberi petunjuk bahawa ibu mereka ‘terpilih’ sebagai korban bagi menyempurnakan upacara pemujaan sebelum mula menyakinkan dua beradik lain untuk membunuh mangsa.

Ketiga-tiga beradik, Aurelia Quispe, 38, Percy Quispe, 41 and Marcelina Suane, 46, kemudian ditahan polis dan didakwa membuat pendedahan berhubung pembunuhan kejam itu.

Sumber – Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar