Siakap Keli

(Video) Bos Beri Hadiah Kereta Kerana Kesungguhan Lelaki Ini Berjalan Sejauh 32Km Ke Tempat Kerja

Mesti ramai yang tidak sanggup berjalan kaki sejauh 22 kilometer untuk sampai ke tempat kerja. Tetapi, lelaki ini membuktikan sebaliknya.

Walter Carr, seorang peljar kolej di Birmingham diterima untuk bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan pindah rumah ‘Bellhops Movers’ pada Ahad lepas, tetapi keretanya rosak.

Kereta Carr rosak pada malam sebelum hari pertamanya berkhidmat dengan syarikat itu dan dia tahu bahawa dia tidak boleh terlewat.

Jadi, dia tiada pilihan lain melainkan berjalan kaki sepanjang malam untuk tiba di tempat kerjanya pada masa ditetapkan.

Dia meninggalkan rumah pada tengah malam dan memutuskan untuk sampai 7 jam kemudian.

Kira-kira tiga jam berjalan, Carr mendapati dirinya berada di Pelham. Dia terserempak dengan polis, lalu mereka menumpangkannya.

Sebaik sahaja polis mendengar ceritanya, mereka membawa Carr bersarapan pagi. Kemudian, mereka membawanya ke sebuah rumah, di mana dia dijadualkan bertugas mengemas dan mengangkut barang di situ pada hari pertama dia bekerja.

Carr tiba di rumah Jenny Hayden Lamey dan keluarganya awal, sebelum petugas lain tiba.

Ketika menghantarnya, polis telah berkongsi kisah Carr dengan Lamey dan tuan rumah itu amat kagum dengan kesungguhannya.

”Saya menjemput Carr untuk makan, tetapi dia mahu terus bekerja. Saya tidak boleh memberitahu bagaimana saya begitu tersentuh dengan perjalanannya itu. Dia sangat baik, merendah diri serta mempunyai impian yang besar,” tulis Lamey dalam laman facebooknya.

Posting itu segera tular dan mendapat perkongsian yang banyak hingga sampai ke pengetahuan CEO syarikat Bellhops, Luke Marklin yang berbesar hati menghadiahkan kereta Ford Escape (2014) kepada pekerjanya itu.

Bos itu memandu dari Chattanooga dan menyerahkan sendiri kereta itu kepada Carr.

Sumber : sacbee

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.