Siakap Keli

(Video) Kerana Cuai Ketika Guna Eskalator, Gadis Nyaris Hilang Kepala

Seorang gadis di China nyaris kehilangan kepala atas kecuaian diri sendiri ketika menaiki sebuah eskalator di sebuah pasar raya di Liaoyang, Wilayah Liaoning.

Wanita malang itu bagaimanapun tetap menanggung kesakitan akibat luka teruk yang berlaku pada bahagian tepi muka selepas kepalanya tersepit diantara penghadang eskaltor dan lantai tingkat atas.

Berdasarkan Rakaman Kemera Pengawasan Litar Tertutup (CCTV), gadis itu didapati melihat kebawah melepasi bahagian dinding pemegang tangan eskalator tersebut. Dia dilihat tidak menyedari kewujudan lantai di bahagian atas tersebut.

Gadis itu yang dilihat sedang menanggung kesakitan apabila eskaltor yang bergerak tu memaksa kepalanya melalui ruang sempit yang wujud diantara dinding pemegang tersebut dengan bahagian tepi lantai.

Akibat seretan yang berlaku tersebut, gadis tersebut yang menangis terpaksa menanggung luka teruk di bahagian tepi bawah telinga kanannya. Malah beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahagian tepi muka gadis tersebut dipenuhi dengan darah.

Bagaimanapun media tidak melaporkan sama ada mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan atau sebaliknya.

Dalam rakaman yang sama, dapat dilihat seorang wanita bersama-sama seorang remaja lelaki terkejut dengan kejadian yang menimpa gadis malang tersebut. Berbanding menghulurkan bantuan, kedua-duanya dilihat tergesa-gesa menjauhkan diri daripada lokasi kejadian.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yVLQHoQIJPo]

 

Sumber : Nextshark

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.