Siakap Keli

“Benkung S*jat Pun Tak Mampu Buang Lemak Jahat”, Ketahui Bahaya Perut Boroi, Hapuskan Lemak Degil

Bila bercakap tentang nak kempiskan perut atau nak bakar lemak di perut, korang sebenarnya sedang merujuk kepada dua jenis tisu lemak iaitu:

  • Lemak Visceral (lemak aktif) – Disimpan sekitar perut, hati, pankreas dan usus
  • Lemak Subkutaneus – Lemak yang disimpan di bawah kulit serta boleh dikenal pasti (dicubit) daripada perut, lengan, peha dan beberapa bahagian lain.

Masalah dengan lapisan lemak visceral

Terlalu banyak lemak jenis ini boleh mengundang serta menganggu fungsi hati serta hormon yang merupakan organ paling penting setiap daripada kita.

Tanpa sedar, ia boleh melemahkan ketahanan insulin dimana membawa kepada permulaan kencing manis, tekanan darah tinggi, kenaikan paras kolestrol dan risiko serangan jantung.  Penyimpanan lemak ini juga dikaitkan dengan kanser payudara, kanser kolorektal, stroke, penyakit Alzheimer dan demensia (penyakit otak).

Perkongsian daripada Public Health Malaysia wajib untuk korang baca jika berhasrat nak miliki perut kempis bak model.  Sekurang-kurangnya kalau dah tahu cara dan puncanya, proses penghapusan lemak itu dilakukan secara berilmu.  Ha, apa lagi, jom kempiskan perut berjemaah.

Sumber: Public Health Malaysia

Nur Farra