Siakap Keli

(Gambar) ADUN Balakong Maut Kemalangan

Tepat jam 12.40 malam tadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee dilaporkn meninggal dunis selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Daripada gambar yang tular melalui laman media sosial, kenderaan mangsa jenis SUV hancur teruk didapati melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya tersebut.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, mangsa, mendiang Tien Chee, 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Nur Farra