Siakap Keli

Resepi Mudah Buat Ais Krim Perisa Durian Yang Lemak Berkrim Di Rumah

Memandangkan musim raja buah kini mula membanjiri seluruh negara, pasti ramai dari kita mengambil kesempatan untuk membeli buah durian ini banyak-banyak berikutan harga yang agak sedikit murah jika nak dibandingkan dengan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak, penurunan harga durian termasuk Musang King adalah disebabkan ‘musim besar’ pengeluaran buah ini yang sekaligus memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati buah durian yang berkualiti dengan harga murah meriah.

Selain dimakan begitu sahaja, isinya yang manis juga boleh dijadikan manisan yang pastinya membangkitkan selera. Bubur, serawa, crepe dan dodol durian seringkali menjadi menu pilihan apabila tiba musim buah ini.

Bagaimanapun, dalam artikel kali ini, akan dikongsikan sebuah resepi yang pastinya jarang dibuat sendiri di rumah menggunakan buah durian ini. Puan Syu Islamiah melalui laman facebooknya, sudi berkongsi resepi aiskrim durian di rumah.

Siapa sangka rupanya mudah saja membuat aiskrim durian yang lemak berkrim ini di rumah. Mari ikuti resepi ini dan selamat mencuba!

Homemade Ice Cream Durian

Bila dah banyak sangat durian, tempoyak dah buat, kuih2 pun dah buat so kita buat ice cream durian pulak la sbb kalau nak beli 1 scoop pun dah rm8 harganya. Ni dah kali kedua saya buat n rasanya memang yummy lemak berkrim.

Senang je caranya, pakai blender je pun boleh.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan yang digunakan…isi durian lupa nak letak gambo sini.
  • 1 Cawan isi durian ( nak letak lebih pun lagi sedap)
  • 1 Tin susu cair
  • 3 Sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
  • 1 Sudu besar ovalette (pastikan yg halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:

  • Blend semuanya hingga hancur dan sebati.

  • Lepas tu saya pakai mixer untuk kembangkan bagi bertambah isinya. Muat la masuk dalam bekas ice cream 1.5L ni.

Selamat mencuba!

Sumber- Puan Syu Islamiah

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di