Siakap Keli

Tampal Ais Dikawasan Berlemak Boleh Bakar Kalori – Kajian

Para saintis telah membuktikan bahawa bukan saja mampu meredakan bengkak dan kecederaan ketika bersukan, ais juga dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan.

Hanya membiarkan pek ais dikawasan berlemak seperti peha atau perut selama 3o minit, ia boleh membakar kalori degil serta-merta.  Para saintis memberitahu sifat sejuk ais membantu menukar lemak tepu kepada lemak yang mudah dihapuskan.

“Kami mahu menyiasat samada orang dewasa mempunyai kemampuan untuk menukarkan lemak putih (tepu) kepada lemak coklat apabila didedahkan dengan ais,” kata Dr Philip Kern, yang merupakan pakar Farmakologi dan Sains Pemakanan dari Universiti Kentucky.

“Tisu lemak coklat akan menjadi pertahanan yang sangat baik kepada obesiti.  Tubuh akan membakar kalori tambahan daripada menukarnya kepada lemak tisu.”

Daripada kajian yang dijalankan, satu hipotesis telah dikeluarkan, ‘lebih sejuk tubuh, lebih banyak lemak coklat yang akan terhapus.”

Ais juga dikatakan membantu merangsang hormon mengurangkan berat badan.  Selain ditempek di bahagian yang berlemak, ais juga boleh dijadikan sebagai bahan mandian kerana berfungsi menghapus lemak dengan cepat.

Tabiat menghisap ketulan ais juga mempunyai kesan yang sama kerana sensasi kesejukan itu secara perlahan membakar kalori dalam badan.

Sumber: Telegraph UK

Nur Farra