Siakap Keli

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,” Kepada Mendiang Eddie, Pemimpin Muda UMNO Mohon Maaf

Kematian ADUN Balakong malam semalam diratapi ramai orang termasuk sahabat yang masih terkejut dengan kepergiannya.

Pun begitu, tindakan seorang pemimpin muda UMNO, Razlan Rafii mengeluarkan kenyataan keras melalui laman akaun Twitter miliknya diatas kematian Eddie Ng, dilihat melangkaui adab kerana tidak menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga mendiang.

Dewan Undangan Negeri Balakong itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan mengakibatkan sebuah lori dan keretanya hancur teruk di Lebuhraya Cheras – Kajang awal pagi tadi.

Kenyataan Razlan Rafii itu walau bagaimanapun diselar seorang wanita yang mengaku anak kepada Datuk Seri Abdul Manan Ismai, bekas anggota parlimen Paya Besar yang meninggal dunia disebabkan sakit tulang belakang pada Februari lalu.

Status Razlan dibalas bersama kenyataan berbaur amarah bersama skrin perbualan WhatsApp yang menunjukkan mesej berbentuk kejian sehingga melabelkan arwah sebagai pemerintah zalim dan perompak duit rakyat.

Terbaru, Razlan dilihat telah menurunkan kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka melalui akaun Twitter miliknya.

Sumber: Razlan Rafii

Nur Farra