Siakap Keli

“Ubat Ni Lebih Kurang 1 Tahun Kos Ubat Darah Tinggi”, Wanita Kesal Ubat Mahal Dibuang Ke Laut

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, pembaziran demi pembaziran berlaku tapi kali ini melibatkan puluhan juta daripada ubat-ubatan yang dibuang tanpa rasa bersalah oleh pesakit.

Sebelum ini tular seorang penyanyi nasyid yang memuat naik status memberitahu telah membuang ubat hospital yang diberikan kerana lebih selesa mengambil makanan sunnah dan organik sebagai penawar.

Tidak berakhir setakat itu, isu buang ubat ini berlaku sekali lagi apabila sebungkus ubat yang berharga hampir RM10 sebiji dijumpai ditepi laut dalam keadaan yang masih baik diikat dengan getah.

Hal ini dikongsi oleh seorang wanita, mahu dikenali sebagai MM yang menjumpai dan melahirkan rasa kecewa melalui akaun Facebook miliknya dengan segelintir masyarakat yang masih tidak memahami betapa pentingnya keperluan ubat ini bagi pesakit yang betul-betul memerlukan.

Rakyat Malaysia baru diharap lebih sensitif dan berfikir untuk orang lain juga. Mari kita baca perkongsian dibawah.

Ambil cara baik, kembalikan cara baik.

Kisah semalam.

Terjumpa se’envelope ubat. Dicapai dan dibuka bungkusannya. Masih elok. Dalamnya ada 6 papan. Nampak seperti tak terusik pun.

Exp : 05/2019, “Hmmm..ubat mahal ni” omelku geram.

Menurut Mr. G, kos 1 papan ubat tu lebih kurang 1 tahun kos ubat darah tinggi.
(Mungkin lebih mahal lagi)

1 bungkus ubat dalam envelope tu blh beli phone tau.

Bersangka baik:

1) Mungkin tuannya tercicir. Cari tak jmp.

2) Beliau dah mninggal, & familynya buang ke laut supaya ikan2 dan penyu sihat walafiat. Dan kita pun makan ikan2 dan hidupan laut yang sihat itu.. yayyy!!

3) Mungkin tuannya patah hati, kcewa tak mau mkn ubat lagi dah.

Apapun alasannya, kenapa la tak dipulangkn saja ke hospital?

Dah rasa tak perlu, pulangkn. Mungkin ada yang lebih memerlukan. Bukan ikan.  Bukan senang nak indent ubat..
**Piriton bagi 2 OD!

Nur Farra