Siakap Keli

(Video) Dia Menangis Minta Maaf Sebab Saya Kena Cari Bawah Jambatan Nie – Ustaz Lew Sebak Lihat Mualaf Diuji

Mempunyai bumbung untuk berteduh, tidur di atas katil, hidup serba cukup walau tidak sempurna seperti orang lain, namun masih ramai yang tidak bersyukur. Sering mengeluh dengan ujian kehidupan sedangkan masih ada ramai lagi di luar sana yang tidak bernasib baik terutamanya insan yang bergelar gelandangan.

Mereka diuji dengan ujian dunia yang hebat, seperti kisah wanita berketurunan India ini, Letchemey yang terpaksa bertarung hidup di bawah jambatan. Kawasan tempat tinggal yang tidak layak dihuni oleh manusia, tapi kesusahan hidup membuatkan mereka tiada pilihan.

Namun begitu, walau tidak terpilih dalam kalangan orang yang merasai kenikmatan hidup, tetapi dia terpilih merasai nikmat Islam.

Melihat begitu hebat ujian yang diberikan kepada wanita mualaf ini, Ustaz Ebit Lew melalui laman facebooknya tampil berkongsikan kisah ini diiringi linangan air mata. Jom ikuti perkongsiannya seperti di bawah.

Bawah jambatan cari kakak yang inginkan hidayah.. Hari air mata. Misi pagi ini mengambil seorang kakak semalam masuk Islam.

Turun bawah jambatan. Terjumpa kakak ni. Siapa sangkakan ada orang begini susah hidup. Sedang kita tidur lena. Ada seorang kakak yang baik diuji begini..

Syukur jumpa kakak semalam yang telah mengucap syahadah.. dia yang nak belajar… menangis semalam ingin belajar nak dekat dengan Allah..

Dia menangis minta maaf sebab ustaz sampai cari di bawah ini. Seram betul. Memang tinggi. Kalau jatuh boleh icu rasanya. Tapi ujian kehidupan disini ada orang tidur.

Dalam minta maaf pada saya.. Kata saya kakak lagi berharga dari seisi dunia sebab Allah sayang kakak. Dia gerakkan saya cari kakak di sini.. sebab Allah sayang kakak.. kakak ni memang orang baik. Dia cuma diuji dengan ujian kehidupan.

Syukur akhirnya jumpa dan dan akan bawa ke tempat tinggal selesa dan semuanya disediakan sambil dapat belajar Islam. InsyaAllah dah habis belajar esok kita cuba carikan kerja.

Terima kaseh ustazah Maizura dan lain-lain yang sangat banyak membantu untuk pendaftaran dan tempat tinggal. Tuan Arief dan isteri bantu bersama.. Masa menulis ni air mata saya masih mengalir lagi. Tahniah sis Letchemey.. Amy tahniah… Allah sayang..

Sumber : Ebit Lew

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.