Siakap Keli

(Video) Dua Gadis Warga Malaysia Ditahan Di Lapangan Terbang Jepun, Kantoi Sorok Dadah RM3.3juta Dalam Coli Dan Seluar Dalam

Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam Tokyo, Jepun menahan 2 wanita warga Malaysia, masing berusia 20 dan 22 tahun pada 30 Jun lalu.

Kedua-dua suspek ditahan selepas dikesan menyorokkan sejumlah 1.5kg pil ectasy bernilai hampir RM3.3 juta di dalam coli, seluar dalam dan tuala wanita yang dipakai serta 8 beg plastik yang dibawa ketika tiba di Lapangan Terbang Haneda.

Menurut laporan media tempatan, perkara itu terbongkar apabila salah seorang pegawai mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan penampilan kedua-dua suspek seolah-olah memakai sesuatu yang sarat.

Dalam satu kenyataan media, kedua-dua suspek memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka tahu perkara yang dilakukan itu salah namun terdesak memerlukan duit.

Video dan gambar rampasan dadah serta tangkapan suspek itu sudah tular di pelosok media Jepun dan media sosial.

Sumber: Sankei Japan, Asahi Japan

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Satu komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di