Siakap Keli

“Bila Buka Mulut Je, Allahu, Itu Belum Bau Lagi,” Akibat Malas Gosok Gigi, Doktor Habiskan Masa 1 Jam Cuci 6 Batang Sahaja

Muka dah cantik, pakai baju dah lawa tapi buka je mulut bau macam l***kang pun ada. Korang kena tahu, gigi adalah antara organ paling penting.  Kalau datang sakit dia, yang badan ‘sado’ pun boleh menitik air mata tahan sakit.

Penjagaan gigi yang baik harus sentiasa diamalkan untuk mengelakkan kerosakkan gigi yang teruk.  Gosok gigi 2 kali sehari itu wajib dan jumpa doktor untuk buat scaling sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

via GIPHY

Bukan buat semata-mata untuk gigi putih, tapi dalam masa yang sama amalan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada sarang kuman dan bakteria ‘mendiami’ gigi sehingga menyebabkan mulut berbau serta tartar yang tebal.

Seorang pembantu perubatan, Jane menerusi akaun twitternya berkongsi pengalaman berhadapan dengan seorang wanita berusia 55 tahun yang mempunyai tartar tebal dibelakang gigi dengan bau yang sangat tidak menyenangkan.  Jom baca perkongsian beliau, harap setiap daripada kita selepas ini boleh ambil berat hal kesihatan seperti ini ya.

Sumber: Twitter @aneemjane

Nur Farra