Siakap Keli

(Gambar) Bunuh, Korek Kerongkong Bapa Selepas Jumpa Gambar Lucahnya Semasa Kecil

Seorang wanita mengaku membunuh ayah kandungnya selepas menjumpai koleksi gambar lucah kanak-kanak milik Kenneth, Coombes.

Suspek dijatuhkan hukuman 9 tahun setelah mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut dan menanam mayat mangsa yang dibalut dengan karpet di belakang rumahnya.

Barbara Coombes, turut memberitahu mahkamah bahawa dia pernah di rogol ratusan kali oleh bapanya dan sering membenarkan gambar lucahnya diambil oleh pihak yang tidak identitinya.

Walaupun pembunuhan itu berlaku pada 2006 lalu, namun Barbara baru sahaja mengaku dan polis turut menjalankan siasatan pembunuhan dengan menggali semula mayat.

Ketika saya berusia antara 6 hingga 9 tahun, dia sering membawa saya ke sebuah kelab fotografi di mana dia akan memaksa saya mempamerkan alat kelamin sementara lelaki lain mengambil gambar”, kata Barbara.

“Gangguan seksual ini terus berlanjutan sehingga dia mati. Dia akan sentiasa menyentuh dada saya walaupun sudah menginjak umur 50 tahun.”

Barbara yang trauma atas apa yang telah terjadi ke atas dirinya selama ini bertindak membunuh ayahnya selepas tersentak ketika menemui gambar-gambar lucah lama yang masih disimpan rapi.

Dia dikatakan membunuh Kenneth dengan memukul kepalanya dengan cangkul dan menghunus bahagian tajam cangkul ke dalam kerongkong mangsa. Mayat kemudian dibalut dengan permaidani lama dan ditanam keesokkannya.

Barbara selama ini juga tidak mempunyai kawan dan telah dijadikan sebagai hamba oleh bapanya malah lebih teruk anak pertamanya yang meninggal dunia selepas dilahirkan juga didakwa sebagai anak bapanya sendiri.

Ketika siastan, pihak berkuasa menjumpai mayat Kenneth yang merupakan veteran perang dunia kedua yang dianggarkan sudah berusia 99 tahun.

Sumber: The Guardian

Nur Farra