Siakap Keli

Ibu Hamil Anak Kembar Muntah Cacing Sepanjang 35cm

Sebagai seorang umat Islam, menjaga kebersihan diri adalah salah satu ibadah yang harus dipandang tinggi setiap daripada kita.  Alim ulama pernah berkata bahawa kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.

Kebersihan ini bermula daripada hujung kaki sehinggalah ke hujung rambut.  Ia juga merangkumi keadaan sekeliling seperti tempat tinggal, makanan yang dimasak ataupun aktiviti seharian melibatkan persekitaran terbuka.  Jangan pula kita buat-buat lupa bersihkan tangan sebelum makan dan melakukan sebarang rutin lain bagi mengelakkan bakteria terdedah di merata-rata tempat.

via GIPHY

Semua aspek ini sebenarnya mempengaruhi tahap kebersihan diri kita sendiri.  Oleh sebab itulah, orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak ambil mudah terhadap isu ini.  Elakkan daripada memakan makanan yang terdedah kerana kita tak tahu bakteria atau virus jenis apa yang ada didalamnya.

Perkongsian daripada Facebook Budak Lab berkongsi kisah yang gerun dan menggelikan apabila dikatakan cacing sepanjang 35cm telah keluar daripada mulut seorang wanita yang sedang hamil.  Bagaimana boleh berlaku? Mari kita baca penjelasannya.

Sumber: Facebook Budak Lab

Nur Farra