Siakap Keli

(Video) “Maafkan Ayah Ry, Ayah Yang Salah”, 26 Tahun Terpisah Akhirnya Dapat Lihat Wajah Ayah Pertama Kali

26 tahun adalah satu tempoh yang lama bagi seseorang yang tidak pernah merasakan kasih sayang seorang bapa.  Melihat kemesraan orang lain dengan belaian ibu serta diselang-selikan pula dengan gurauan daripada ayah, bahagianya hidup mereka.

Lain pula bagi ceritanya bagi pemuda ini, Harry Zulkifli yang telah berpisah selama 26 tahun tanpa ayah, hidupnya hanya diserikan dengan kasih sayang seorang ibu.  Namun, itu tidak mematahkan semangatnya selama ini yang sentiasa berusaha mencari tahu dimana keberadaan lelaki yang bergelar ayah tersebut.

Kuasa Allah itu besar, pada tanggal 20 Julai 2018, penantian yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya terhenti.  Harry menerusi laman Facebook miliknya menzahirkan perasaan bercampur-baur mensyukuri takdir Allah yang akhirnya telah memakbulkan doanya selama ini.

Bayangkan segalanya seperti mimpi, selepas 26 tahun mereka bersatu kembali.

Sumber: Harry Zulkifli

Nur Farra