Siakap Keli

Bayi 20 Bulan Maut Leher Terjerut Tali Birai Tingkap

Seorang daripada bayi lelaki kembar berusia 20 bulan maut selepas dipercayai terjerut pada tali bidai tingkap di rumahnya, dalam kejadian yang berlaku di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun di Terengganu, petang Sabtu.

Menurut laporan BERNAMA, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang bermain dengan kembarnya manakala abang dan kakaknya yang berusia antara tiga hingga empat tahun juga dikatakan sedang bermain tidak jauh dari tingkap berkenaan.

Mangsa yang terjerut, Muhammad Azhari Zul Azri disedari oleh ibunya sendiri, Noryasmin Mat Yasin kira-kira pukul 6.50 petang.

Ibu mangsa yang terkejut dengan keadaan anaknya itu kemudian bertindak menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39, yang bekerja sebagai penyelia tapak projek berdekatan.

Bapa mangsa yang bergegas pulang dan segera membawa mangsa ke klinik kesihatan berdekatan namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.