Siakap Keli

Syed Saddiq Jumpa Kim Swee Bincang Isu Kemungkinan Skuad Bola Sepak Tarik Diri Daripada Sukan Asia

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan akan berjumpa dengan jurulatih skuad kebangsaan 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong KiM Swee bagi mencari penyelesaian isu kemungkinan tarik diri pasukan bola sepak negara daripada temasya Sukan Asia bulan depan.

Beliau berkata, isu membabitkan perlepasan pemain memerlukan perbincangan teliti termasuk pandangan exco suka setiap negeri.

“Saya akan bertemu Kim Swee bagi berbincang tentang hal ini, malah saya juga dalam proses untuk berjumpa exco sukan setiap negeri.

“Kita akan panggil mereka, duduk dan berbincang bagi mencari penyelesaian bersama isu ini bagi kepentingan sukan negara,” katanya dalam satu sidang media, menurut laporan BERNAMA.

Kim Swee sebelum ini dilaporkan membuat kenyataan bahawa skuad bimbingannya mungkin akan menarik diri daripada kejoahanan yang berlangsung di Indonesia itu sekiranya beliau gagal mendapatkan pemain yang cukup disebabkan keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain yang dipanggil.

Aksi di Sukan Asia bermula 18 Ogos hingga 2 September itu bertembung dengan jadual Piala Malaysia. Mengikut peraturan, setiap pasukan perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 18 pemain sebagai syarat untuk ke temasya tersebut.

“Berjumpa dan berdialog dahulu dengan mereka adalah lebih baik daripada mengambil tindakan segera tanpa melakukan proses itu bersama pihak berkenaan,” kata Syed Saddiq ketika menjawab soalan mengenai tindakan segera yang bakal diambil oleh kementerian.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di