Siakap Keli

Tolonglah Mak Ayah, Pil Minda Jenama Apa Pun Takkan Bagi Anak Pandai – Doktor

Terlalu banyak supplemen kesihatan yang dijual untuk golongan  kanak-kanak hinggalah dewasa. Salah satunya yang sudah lama mendapat tempat di pasaran, supplemen kanak-kanak berbentuk pil yang dikatakan boleh membantu perkembangan minda mereka.

Anak yang mengamalkan pil minda ini juga katanya lebih fokus dalam pelajaran, bahkan mampu mengubah perilaku mereka menjadi patuh dan taat. Ramai ibu bapa yang membeli dengan harapan anak mereka menjadi seperti apa yang diiklankan oleh penjual. Namun, sejauh manakah kebenarannya?

Tampil membidas, Dr Rusyainie Ramli menerusi facebooknya menegaskan bahawa pil minda jenama apa sekalipun tak akan boleh menjadikan anak pandai, patuh dan taat. Jom ikuti penjelasan doktor seperti di bawah ini supaya ramai ibu bapa tidak akan mudah terpedaya dengan penjual atau ‘bani supplemen’ yang hanya ingin mengaut keuntungan.

PIL BAGI ANAK JADI MALAIKAT?

Cikgu-cikgu, saya sebagai mama nak minta tolong. Walaupun cikgu-cikgu di sekolah anak-anak saya tak jual produk nak bagi budak jadi malaikat, saya harap sangat cikgu-cikgu lain jangan lah tergolong dalam bani pil macam ni. Atau pun jangan benarkan bani suplemen minda ni jejakkan kaki pun ke sekolah.

Kebanyakan cikgu-cikgu yang saya kenal dan rapat tidak begini. Mereka pentingkan etika. Tapi kerana ada segelintir yang tamak haloba, habis terpalit nama cikgu-cikgu yang profesional.

Mama macam saya menghantar anak ke sekolah dengan harapan cikgu-cikgu bantu saya mendidik dan mengajar anak-anak saya bab pelajaran. Saya ni walaupun kerja profesional, tapi kalau tengok silibus anak-anak, saya pun boleh menangis.

Memang mencabar betul tahap kehendak sistem pendidikan sekarang. Hanya cikgu-cikgu saja yang boleh tunjuk ajar yang betul supaya anak-anak saya mendapat ilmu seperti yang sepatutnya dan menjawab peperiksaan dengan baik.

Cikgu-cikgu, bukan semua mama mampu nak keluarkan duit nak beli produk macam ni. Mahal tu cikgu. Memang lah cikgu tak paksa, tapi kalau dah namanya yang menjual tu cikgu, mama mana-mana pun akan senang terpengaruh dan terpedaya.

Gambar Hiasan

Sedangkan jauh di sudut hati, cikgu-cikgu sendiri mengetahui yang tiada kejayaan itu datang bergolek, atau terbang melayang kalau tidak diiringi dengan usaha yang tidak mengenal jemu dan penat, sokongan dari mama dan papa itu, dan doa kepada Allah SWT. Saya seperti mama lain pun, mengharapkan cikgu-cikgu lah sumber rujukan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Saya minta maaf dari lubuk jiwa saya yang paling dalam. Saya sedar akan kekurangan dan kelemahan saya sebagai mama dalam membentuk sahsiah anak-anak sendiri sehinggakan cikgu-cikgu terpaksa menyuruh anak-anak saya mengambil pil minda ni.

Alasan cikgu-cikgu, supaya anak-anak saya jadi lebih baik kelakuannya dan perangainya. Tapi cikgu-cikgu mesti menyedari yang produk yang begini mana mungkin boleh mengubah anak-anak saya menjadi taat dan patuh. Tak mungkin. Nak memperbaikinya mesti datang dari kita sama-sama untuk membimbing mereka.

Cikgu-cikgu, apa juga bahan yang ada dalam suplemen tu takkan sama dengan makanan yang saya sediakan untuk anak-anak. KKM dah siapkan garis panduan untuk pemakanan sihat dengan menggunakan makanan sebenar.

Allah dah kurniakan gigi, mulut, lelangit, lidah semua tu untuk manusia menggigit dan mengunyah makanan. Bukan setakat telan terus untuk khasiat macam pesakit yang lumpuh. Itu namanya kufur nikmat tu ya cikgu-cikgu.

Duit dalam poket mama lain mungkin tak setebal mana. Duit belanja dapur cukup-cukup nak bagi makan pada anak-anak yang ada. Kalau cikgu-cikgu nak mama tu belikan produk konon magik ni, manalah nak korek duit lagi. Baik mama tu dapatkan makanan sebenar, satu keluarga boleh hadapnya.

Cikgu-cikgu tolonglah saya dan mama-mama lain di luar sana dengan bersama-sama membentuk anak-anak kami menjadi insan. Bukan senang nak memanusiakan manusia. Anak-anak ini amanah Allah SWT dan saya tak mampu nak tunaikan tanggungjawab ni seorang.

Cikgu-cikgulah tempat kami meminta bantuan. Tapi yang nyata, cikgu-cikgu ya, produk begini memang layaknya ke tong sampah saja. Bukan ke mulut anak-anak kami. Terima kasih cikgu-cikgu.

Sumber : Dr Rusyainie Ramli

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Satu komen

  • Waalaikumsalam…mamA tak boleh pukul rate band supliment minde..
    Namenye pun supliment…yg mengubah anak kite kan Allah…kite cume usehe..
    Kebenyakn suplument minda yg bagus adalh kerane Kandungannye yg membetulkan sistem aliran pemakann anak2 kite…
    Kite pun sedie maklum..punce penyakit 90% adalah dari perut dan permakanan…penyakit malas ….kurg tumpuan.. lembab berfikir juge berpunce dari makanan…
    Jadi suppliment hanye membetulkan sustem pemakanan tersebut bukan ubah mereke jadi malaikat…
    Harap mama tak buat article ini kerane nafsu dan amarh yg datg dari mama sendiri…
    Jgn kerane kite tak suke suatu perkare…kite ingin semue org juge tak suke perkare tersebut
    *kajian Doktor juge bersifat subjektif ..bukan semue dokter tak setuju dgn suppliment minde

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di