Siakap Keli

(Video) Ikan Kembong Murah, Lima Sen Seekor Jadi Rebutan Pembeli

Sebuah kedai ikan berdekatan Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) di Sungai Petani, Kedah menjadi tumpuan orang ramai apabila ikan kembung atau lebih dikenali sebagai ikan temenung dalam kalangan penduduk tempatan dijual pada harga RM 0.05 sen dan RM 0.30 sen seekor.

Penduduk tempatan terutamanya mula beratur seawal pukul 2 petang apabila mengetahui maklumat mengenai jualan ikan murah tersebut yang mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Salah seorangnya, Norliza Ismail, 38, dari Kampung Zainal Abidin, Bedong berkata, dia bertolak ke lokasi kedai tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan ikan murah tersebut.

“Orang ramai memang tunggu dari awal, sekejap sahaja ikan 5 sen itu habis dijual..saya sempat membeli 40 ekor ikan temenung yang dijual pada harga RM0.05 sen seekor dan 20 ekor lagi pada harga RM0.30 sen seekor,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Ujarnya lagi, dia sebelum ini sudah sedia maklum dengan kedai ikan tersebut yang sering menawarkan harga hasil laut yang lebih murah dari harga pasaran dan sudah lima kali berkunjung ke kedai tersebut setiap kali diadakan promosi jualan murah.

Menurut pemilik kedai itu, Khairol Azelan Johari, 37, berkata, sebanyak 10,000 ekor ikan temenung habis dijual dengan ikan berharga lima sen berjumlah 6,000 ekor terjual dalam masa 30 minit sebaik sahaja gerai dibuka pada jam 3 petang.

“Baki ikan tersebut dijual pada harga RM0.30 sen seekor dan habis pada pukul 5 petang…Dari segi harga, ia bergantung kepada bekalan..kalau dapat murah kami tawarkan harga murah..setakat ini ikan temenung, kami pernah jual pada harga 5 sen, 10 sen dan 30 sen seekor,” katanya.

Menurutnya, bekalan ikan temenung dan hasil laut lain diperolehinya dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, Kuala Muda dan Tanjung Dawai.

“Selain ikan temenung, kita juga buat promosi harga murah bagi Udang Galah (RM0.70 sen hingga RM1 seekor), ikan Cencaru (RM0.20 sen seekor), bergantung kepada bekalan yang diperoleh.

“Kedai kami beroperasi setiap hari bermula pukul 3 petang, tetapi waktu promosi harga murah hanya akan dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook atas nama ‘Khairol Azelan’,” katanya.

Dia yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam dunia perniagaan berkata, promosi tersebut akan diteruskan bagi membantu meringankan perbelanjaan harian pelanggannya.

“Niat saya untuk berkongsi rezeki dan bersedekah..lagi pun ini juga salah satu cara mempromosikan Pasar Kampung yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, kepada lebih ramai pelanggan.

“Cuma hari ini saya terpaksa hadkan jualan, 40 ekor seorang bagi ikan RM0.05 sen dan 20 ekor seorang bagi ikan RM0.30 sen, supaya semua pelanggan yang lama menunggu dapat membelinya..saya amat berterima kasih kepada pelanggan yang menyokong saya,” katanya.

Ikan temenung semurah lima sen seekor jadi rebutan

Ikan temenung semurah lima sen seekor jadi rebutanhttp://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1482436https://youtu.be/J7_lHRXOtQY

Posted by BERNAMA on Saturday, July 21, 2018

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.