Siakap Keli

Wanita Hamil Dicekup Polis Ketika Tolong Beli Dadah Untuk Suami

Seorang wanita yang sedang hamil ditahan pihak polis di Kedah, ketika cuba membeli heroin untuk suaminya di sebuah sarang penagihan dadah dekat kebun getah di Kampung Baru, Pendang.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, wanita itu yang berusia 30 tahun itu mengaku mahu membelikan dadah tersebut untuk suaminya yang berusia 40 tahun yang sedang bekerja di sebuah ladang getah.

“Lebih menyedihkan wanita itu juga mengaku hamil anak kedua dan pernah beberapa kali ditahan kerana dadah sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Ops Tapis yang bermula 6 pagi hingga 1 tengah hari itu, berakhir, lapor BERNAMA.

Kata beliau, wanita itu adalah antara 21 penagih dadah berusia 20 hingga 60-an yang berjaya dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan 22 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pendang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pendang.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap semua yang ditahan didapati positif jenis morphin dan methamphetamine.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.