Siakap Keli
Pic By Ken Kiefer/Caters News - (Pictured: A model poses with a crocodile at Chinchorro Banks, Mexico. Pic taken: 21/06/2018) - These crocs had a lot to smile about - sporting huge toothy grins as they posed with stunning models in incredible underwater snaps. The brave models held their breath as they came face to face with the magnificent predators during the daring shoot. Photographer Ken Kiefer took a two hour boat ride to reach the carnivorous crocs at Chinchorro Banks, Mexico, along with his wife and model, Kimber and model, Melodie Trevino. SEE CATERS COPY

(Video) Gila, Demi Dapatkan Gambar ”Rare”, Model Sanggup Bergambar Dengan Buaya Liar

Bagaimana anda mahu bersaing dengan gambar-gambar percutian orang lain yang menarik di laman Instagram? Caranya mudah sahaja tapi perlu idea berani yang gila. Kalahkan mereka dengan bergambar bersama buaya di dalam air !

Seorang jurugambar, Ken Kiefer tidak ragu-ragu apabila menjadikan idea itu sebagai realiti dengan melakukan sesi fotografi bersama haiwan pemangsa itu di Chincorro Banks, Mexico.

Gambar : Ken Kiefer/Caters News

Difahamkan, mereka mengambil perjalanan selama dua jam untuk sampai ke lokasi berkenaan.

Model yang berani itu kemudiannya turun ke dalam air dan menahan nafas demi menghasilkan gambar yang sempurna.

“Saya teruja kerana akhirnya berjaya mencipta foto menakjubkan bersama haiwan pemangsa itu.

“Menerusi foto itu, kami dapat menyaksikan kecantikan haiwan unik itu,” ujar Ken.

Menerusi koleksi foto dari sesi itu, model yang memakai baju kuning dan merah kelihatan tenang menggayakan aksi berhampiran seekor buaya.

Gambar : Ken Kiefer/Caters News

Malah, mereka bertindak berani apabila memandang tepat ke mata buaya bagi mendapatkan hasil gambar terbaik.

“Sewaktu sesi penggambaran, beberapa penyelam turut berada di kawasan itu bagi memastikan keselamatan model.

“Di kawasan itu sendiri ada lebih 500 buaya liar, namun hanya beberapa ekor sahaja yang muncul sewaktu kami berada di sana,” ujar Ken lagi.


Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.