Siakap Keli

Gurauan Di Facebook Membawa Padah, Lelaki Mati Dicekik Gara-Gara Status

Seorang ibu mendedahkan anaknya mati dicekik akibat status gurauan yang dimuat naik di laman facebooknya.

Anaknya, Carl Gregory itu dipercayai memuat naik gambar arca kemaluan lelaki yang ditujukan kepada bekas teman wanitanya dengan kapsyen: “Berapa ramai wanita boleh lupakan bekas.”

Pemuda berusia 20 tahun itu dicekik dan dipijak kepalanya di kawasan parkir kereta di sebuah pusat membeli belah.

Helen, 46,  trauma dengan kejadian yang  menimpa anak kesayangannya mengingatkan orang lain untuk sentiasa berhati-hati supaya tidak terkena seperti insiden yang menimpa anaknya.

Menurutnya, meskipun laman sosial boleh menjadi tempat menyatukan orang, namun ia juga boleh membahayakan kita sekiranya gurauan tersebut boleh menjadi dendam.

“Perkataan di laman sosial boleh membawa kepada aksi sebenar dengan akibatnya. Kematian Carl adalah sia-sia dan kami perlu hidup dalam kesedihan itu.

“Kami tidak akan melupakan detik dimana polis datang mengetuk pintu rumah sebelum menyampaikan berita yang menghancurkan hidup kami.

“Orang kata dia sekarang berada di tempat yang lebih baik, tetapi tidak. Tempat yang lebih baik di sini – bersama kami,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah menahan dua lelaki berkaitan kes tersebut.

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar