Siakap Keli
The skeletons of family mummies are seen at the site of the newly discovered giant black sarcophagus in Sidi Gaber district of Alexandria, Egypt July 19, 2018 in this handout picture courtesy of the Ministry of Antiquities. The Ministry of Antiquities/Handout via Reuters ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES.

Percaya Ada Kuasa Ajaib, ‘Jus Tengkorak’ Dalam Keranda Purba 2000 Tahun Jadi Rebutan

Penemuan keranda purba yang diperbuat daripada batu granit hitam oleh pengkaji di Egypt, Mesir tiga minggu lalu, menimbulkan ketakutan pelbagai pihak mengenai kemungkinan ia berkait rapat dengan sumpahan yang menakutkan.

Malah, ramai mencadangkan supaya ia tidak disentuh mahupun dipindahkan di mana tempat ia dijumpai jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Namun adakah mereka mendengarnya?

Tidak, kerana pasukan yang menemui artifak purba itu sama sekali tidak menghiraukan amaran dan bertindak membuka keranda berusia 2,000 tahun itu.

Ternyata, di dalamnya terdapat tiga tengkorak yang terendam dalam cecair berwarna merah perang dengan baunya yang begitu busuk.

Penemuan itu menarik perhatian ramai termasuklah seorang penerbit permainan video dari Guilford, Surrey yang melancarkan petisyen untuk merasai cecair dalam keranda itu.

Innes McKendrick, menerusi petisyen itu menyatakan dia perlu meminum cecair berkenaan bagi membuktikan jika ia benar-benar mempunyai kuasa ajaib.

Malah, dia tidak bersendirian apabila terdapat 87 lagi individu lain turut menandatangani petisyen itu bagi menyokongnya.

Sejak dimuat naik ke Twitter, posting mengenai petisyen itu sudah di-retweet lebih 2,000 kali dan menerima 6,000 tanda suka.

Menjawab soalan pengikut Twitter, Innes berkata cecair dalam kerana itu tidak sepatutnya dibazirkan.

Egyptian excavation workers labor at outside the site of the newly discovered giant black sarcophagus in Sidi Gaber district of Alexandria, Egypt July 19, 2018 in this handout picture courtesy of the Ministry of Antiquities. The Ministry of Antiquities/Handout via Reuters ATTENTION EDITORS – THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES.

“Penemuan keranda hitam di Alexandria, Mesir itu menarik perhatian dunia.

“Saya percaya dengan meminum cecair dari keranda itu, saya berpeluang masuk ke satu dunia gelap.

“Saya juga gembira kerana ramai yang menyokong petisyen saya dan berkongsi misi sama, ” ujar Innes.

Sumber : Metro.UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.