Siakap Keli

”Tuhan Hantar Uncle Selvam”, Kisah Uncle Jual Ais Krim Buat Hati Terasa Besarnya Nikmat Syukur

Hidup di dunia ini sememangnya penuh dengan dugaan dan cabaran. Setiap orang berhadapan dengan keperitan dan ujian hidup yang berbeza-beza. Ada yang diuji dengan rupa cantik yang elok, ada yang diuji dengan wajah yang tak seberapa. Orang kaya ada ujiannya, dan yang miskin pun tidak terlepas daripada di uji Tuhan.

Yang berebza cuma pada cara seseorang itu berhadapan dengan ujian, ada orang yang terus mengalah dan ada juga yang tetap cekal meneruskan kehidupan, walaupun usia sudah lanjut dan badan tidak lagi kuat.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Afiq Alim ini ini dimana dia ditemukan dengan seorang lelaki berbangsa India. Menurut Afiq, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Uncle Selvam merupakan seorang penjual aiskrim.

Suatu hari, Afiq ditemukan dengan Uncle Selvam di tepi jalan, pada awalnya Afiq yang melihat Uncle Selvam berhajat untuk mebelikan aiskrim daripadanya, namun setelah melihat Uncle Selvam terlelap di atas motosikal di tepi jalan yang agak sibuk, Afiq merasa kasihan kemudian mengajak Uncle Selvam.

Disitulah kemudian Afiq sempat berbual dengan Uncle Selvam yang turut berkongsi kisah hidupnya. Nak tahu apa perbualan mereka, jom baca perkongsian tersebut dibawah.

TUHAN HANTAR UNCLE SELVAM

Aku belok slow je keluar simpang. Dari jauh aku perasan sorang uncle jual aiskrim. Parking boleh tahan tengah jalan la jugak. Bila dekat baru aku perasan Uncle ni terlelap atas motor dia. Enjin masih hidup.

Aku faham perasan uncle ni. Dulu masa aku selalu ulang alik KL-JB atas urusan kerja pun, kalau dah ngantok kau nampak signboard RnR tu macam jumpa Nora Danish.

Exit lorong. Parking. Tarik handbreak.  Duduk tegak macam tu je lelap 1 jam bai.haha

“Uncle, mau beli aiskrim”

Dia terjaga. Merah mata dia.

“Ngantok ka uncle? Berhenti tidur dulu. Jangan bawak motor”

Dia senyum macam malu aku nampak dia terlelap kot.

“Sudah tidur la bawak moto. Malam pun kerja. Pagi hantar paper

“Rest dulu uncle. Bahaya parking sini”, aku pesan.

Aku turun dari kereta. Aku berdiri belakang dia. Berbekal pengalaman selalu pergi thai masat aku urut tengkuk dia dan belakang badan dia. Kasi segar.

“Sana ada busstop tu uncle. U jalan sikit. I massage u kasi boleh bawak motor sampai sana”

Tersengih sengih Uncle Selvam kena urut. Dia hulur aku aiskrim lime vanilla.

Thank you thank you hehe. Sekarang saya sana parking. Susahla mau buat 3 kerja sekarang. Duit tak cukup. Sudah tua”

Sambil aku karate belakang dia, aku kata,

“Ini hari I doa sama Tuhan kasi u sihat & kuat. Kasi duit cukup”

Dia toleh belakang, pandang muka aku, senyum. Mata masih merah. Uncle Selvam adalah ingatan Tuhan hantar dekat aku hari ni.

The struggle is real. Be nice to everyone . Because we dont know their struggle.

Sumber : Afiq Alim

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.